Sunday, June 28, 2009
Inilah jalan yang dipilih
Teks: Masayu Ahmad
http://www.womensfreedom.us
Ketika masih menuntut di universiti, pernah teman bertanya, agaknya bila sudah habis belajar apa kerjaya idaman?
Saya menjawab, sangat teringin menjawat karier suri rumah berijazah sepenuh masa. Ia ibarat doa yang dimakbulkan. Bukan kepalang rasanya niat dihati untuk berstatus penyeri rumah tangga. Mungkin jawapannya agak pelik bagi yang sudah berpenat lelah belajar dan mahu karier yang stabil dengan pendapatan lumayan.
Menjadi chef di ruang dapur yang penuh dekorasi. Tutor profesional untuk anak-anak mengulangkaji. Menjadi teman berbicara dan meluah rasa buat suami. Malah dengan senang hati melakukan aktiviti idaman hati. Itulah perkiraan yang seringkali bermain-main di kotak fikiran.
Sejak menjawat jawatan sebagai wartawan, saya sudah menerokai kehidupan melalui pengalaman menerumah sumber. Kaya, miskin, kenamaan, bergaya, bermotivasi seolah pelengkap kepada rencah kehidupan ketika usia muda di alam pekerjaan.
Saya gunakan sepenuhnya kebebasan yang masih terbatas oleh syariat, untuk belajar dari pengalaman di dunia kerjaya. Apabila melihat teman-teman yang sudah berkahwin kemudiannya hamil. Timbul lagi persoalan, jika aku masih di sini, bagaimana pula mengendong perut yang memboyot keluar untuk tugasan. Saya sudah mula terfikir, rasanya perlu bersedia sebelum masa itu tiba.
Sehingga bertemu dengan pilihan hati dan meletakkan titik nokhtah sebagai gadis pingitan dan bergelar suri rumah tangga. Setiap tahun pula rezeki dari Nya melahirkan Hakim dan Arif kemudiannya Aiman. Saya mula membuat persediaan untuk bergelar isteri bekerjaya di rumah.
Hakim seringkali diserang asma dan hospital bagaikan rumah kedua. Ini menguatkan lagi perasaan saya untuk berada di rumah menguruskan sendiri anak-anak. Mana mungkin saya meletakkan seratus peratus harapan pada orang gaji yang mungkin pemikiran dan cara yang berbeza.
Sedangkan kemahuan hati mahu mengajar sendiri anak-anak membaca al-quran dan pengisian moral untuk membentuk muslim sejati. Mahu juga memasak dengan penuh kasih sayang agar anak-anak sentiasa dilimpahi rasa kasih sayang ibu sendiri.
Doa dan matlamat yang digambar di dalam fikiran seolah mendapat restu Nya. Segala kejadian adalah sebab dan musabab dan hikmahnya kini saya sudah bergelar suri penyeri buat si suami dan putera-putera gagah perkasa Hakim, Arif dan Aiman.
Labels:
Working At Home Mama (WAHM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Saya memang teringin nk jadi WAHM, mungkin belum smpi masanya lagi. Takot juga x kuat disiplin. Mungkin kak masayu boleh share byk2lagi...tips??
mama nurins
Insya-Allah saya akan kongsikan info-info mengenai WAHM dari masa ke semasa, agar lebih ramai lagi ibu-ibu diluar sana dapat manfaat
aku kalau dah x keje xnak jadik WAHM...nak jadik SAHM jeh...hehehehe...
mebe bler anak dah berderet nanti blh dipertimbangkan...insyaallah
Vogue
Usahakan dahulu untuk lahirkan anak berderet, maka cepat sikit matlamat SAHM tercapai, haha
Post a Comment