Friday, June 19, 2009
Ketenangan hujung minggu
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.casadoforno.net
Alhamdullilah, anak-anak sudah kembali sihat. Saya boleh menguruskan tugasan yang masih belum siap dengan senang hati. Malam tadi tidur awal, memandangkan malam yang sudah berjaga menjaga anak yang kurang sihat.
Bangun pagi, suami sudahpun membeli sarapan sebelum meninggalkan kami. Sarapan nasi kerabu lagi hari ini ditambah dengan cekodok pisang.
Saya tidak kemana hujung minggu ini, menghabiskan masa di rumah sahaja di rumah. Tidak tahu pulalah jika ada rancangan saat akhir.
Angin sejuk persekitaran pagi sungguh mendamaikan. Hujan turun dengan rintik-rintik halus. Tidak lebat. Awan mendung sejak pagi amat memberikan udara segar. Rasanya masih jerebu di luar sana.
Malam tadi ada sesi aerobik, saya terlepas pula. Esok masih ada. Tiga hari lepas saya terlupa udara berjerebu. Kononnya ingin berlari-lari menuruni bukit dan sedut udara segar, kesannya saya pula selsema dan sakit tekak. Nasib baik cepat sembuh.
Hari ini rasa cukup bertenaga untuk meneruskan rutin seperti biasa. Moga-moga tugasan untuk hari ini dapat disiapkan mengikut jadual. Insya-Allah.
Labels:
Famili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum Masayu,
Kakchik tak tahu yang anak-anak Masayu kurang sihat sebelum ni, syukur bila tahu mereka kembali sihat. Dalam letih mengurus mereka, tentu hati pun bimbangkan, semoga selepas ni Masayu dan keluarga akan sentiasa sihat, cergas & ceria.
Terima kasih Kak Chik.
Post a Comment