Monday, June 8, 2009
Apa seronoknya jadi isteri berkerjaya di rumah (WAHM)
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.simplyzest.com
Wanita dikatakan cukup unik kerana mampu memikul tanggungjawab yang besar dalam satu masa. Uniknya wanita kerana perlu mengimbangi setiap bebanan kerja dan tanggungjawab perlu seiring. Menjadi isteri, ibu, pekerja dan anak memerlukan anda bijak menangani setiap rutin harian dengan rasional dan bijak. Berapa ramai antara kita sering mengeluh keletihan, rumah berselerak, isu anak di nurseri dan masa rehat untuk diri sendiri. Setiap orang ada cara tersendiri untuk menguruskannya.
Anda ingin sekali menjadi isteri solehah, menyediakan masakan yang hebat untuk suami, pendamping setia, pendengar masalah. Anda juga mahu menjadi super mama yang memberikan kasih sayang dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Tambahan pula masa-masa kritikal ketika proses pembesaran keluarga mula berlaku. Jika dulu hanya anda dan suami, kini bertambah seorang demi seorang beberapa tahun kemudian.
Anda juga ingin menjadi pekerja yang hebat, produktif, bermotivasi dan disayangi majikan. Pada masa yang sama juga mahu berbakti kepada kedua orang tua, bertanya khabar setiap minggu. Cuti sekolah pulang menjenguk ke kampung. Wang juga perlu diberi setiap bulan.
Setiap daripada kita hanya mempunyai putaran masa 24 jam sahaja. Cukup atau tidak terserah sahaja bagaimana untuk mengendalikannya.
Seawal pagi apabila membuka mata, senarai perkara rutin perlu dilakukan. Menyiapkan anak, bekalan makanan dan pakaian. Menghantar ke nurseri atau pengasuh. Kemudian memecut laju untuk sampai ke pejabat. Setiap hari kekesakan jalan raya menyesakkan anda, dan setiap orang juga sama seperti anda tidak mahu lewat dan tidak mahu terperangkap di dalam kesesakan.
Jika menggunakan perkhidmatan awam, anda juga perlu segera bergerak untuk mendapatkan tempat di dalam LRT, bas atau teksi.
8 pagi hingga 5 petang perlu memerah mental untu keperluan organisasi. Menurut kemahuan bos dan melayan kerenah rakan-rakan pejabat. Jam menghampiri 5, anda sudah siap sedia untuk memecut 100 km sejam agar cepat sampai ke rumah.
Di rumah anda seolah-olah mahu menyinsing kain ke paras lurut, meyinsing lengan dan menyanggul rambut. Siap sedia untuk tugas seterusnya. Mengambil anak, memasak, megemas, tidak termasuk solat dan membersihkan diri. Perlu juga meneliti kerja-kerja sekolah anak-anak. Bekalan keperluan anak-anak kecil.
Hampir malam apabila membaringkan tubuh di tilam untuk lena dan rehat, barulah terasa kepenatan seharian. Anda sering menginginkan pendapatan selesa setiap bulan dan hanya berada di rumah. Boleh memasak untuk suami dan anak-anak, tidak perlu membeli di kedai. Menguruskan anak-anak kecil sendiri, tidak perlu bersusah payah mengupah pengasuh, menggunakan pembantu rumah. Anda juga menginnginkan waktu rehat yang cukup dan tidak mahu lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Anda mahukan bangun awal pagi, solat, menyedut udaran segar. Menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Mengemas rumah dan melakukkan perkara-perkara yang digemari dengan bebas sebebasnya. Seronoknya bekerja di rumah sepenuh masa sambil mengurusnkan anak-anak.
Anda juga dengan senang hati boleh membeli belah sakan pada hari bekerja dan menguruskan kesibukan diri sendiri.
Panduan berikut mungkin membantu anda untuk mula mengintai-ngintai peluang profesion Wanita Bekerjaya di Rumah Sepenuh Masa (WAHM).
Bersambung…
Labels:
Working At Home Mama (WAHM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tepuk dada tanya selera kan...asalkan bahagia keluarga terjaga....
jgn pingsan sudahlar super mommy...ngee
Ya, betul. Pilihan di tangan kita, pilih yang terbaik untuk keluarga dan diri sendiri.
Post a Comment