Saturday, December 21, 2013

Ubah tanggapa sudah sempurna baru mahu mula

Teks: Masayu Ahmad
sudah sedia mahu rancang bekerja di rumah baca ini dulu ya www.janawangdirumah.com

Kita selalu dimomokan.
- Ada modal baru boleh mula
-Ada laman web yang lengkap baru ada orang beli
-Ada produk dalam stor baru boleh menjual
-Ada komputer yang canggih baru boleh mula
- Ada hp, gajet yang canggih baru jualan ok

Katakunci di sini 'pecahkan tembok pertama' barulah kita pecahkan tembok seterusnya.

Sekarang ini kita tidak ada apa-apa kita mahu menjual di internet. Apa yang kita perlukan.

1. Cari bagaimana mahu dapatkan wang untuk dapatkan komputer atau laptop. Ini sangat asas kalau mahu bisnes internet.
 Mungkin ia dari simpanan tetap harian, atau kerja sambila yang boleh menghasilkan wang. Simpan dan lupakan, simpan dan lupakan. Baik, dari situ kita sudah dapat komputer. Kekalkan lagi simpan dan lupakan itu masukkan dalam 'tabung modal'. Jangan cuba-cuba usik ya.

2. Konsisten di situ, belajar simpan dan lupakan 'tabun modal'. Kemudian apabila cukup, beli lagi kemudahan untuk mendapatkan internet, jangan tamak, mulakan dengan pakej paling jimat. Kemudian teruskan lagi 'tabung modal' itu.

3. Komputer dan internet paling asas, gali lagi ilmu melalui google itu. Sangat banyak benda percuma. Kemudian, mahu tambah ilmu lagi,sementara 'tabung modal' itu kekal konsisten simpan dan tabungkan. Apabial ada kursus atau ilmu baru yang pelru digunakan, ambil dari situ. Disiplinkan diri.

4. Apabila sudah ada hasil 'simpan dan lupakan', simpan dahulu wang gaji itu, rekod setiap hari dan bulan. Jangan guna lagi. Simpan dan lupakan dalam tabung gaji bulanan. Buat sasaran pendapatan bersih, manakala tabung modal itu masih diteruskan lagi.

Mahu baca lagi, baca dalam ebooo 101 idea home-based bisnes. Ini langkah paling mudah saya terangkan, bukan berkhayal, mahu juta-jutaan. Belajara urus duit duit yang kecil, baru urus duit yang besar. Faham? ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin