Thursday, December 12, 2013

tidak pernah berhenti berlari

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Bunyi aliran udara dari hembusan kipas berselang seli dengkuran halus kiri dan kanan. Saya? Masih tidak ketiduran, barangkali sebab rehat yang banyak siang tadi. Susunan buku, bersama tugasan di sebelah kiri dan kanan. Sekejap beralih ke depan, beralih ke bilik, beralih ke sofa. Saya masih setia di depan laptop. Semua sudah beres, kerja online berjalan seperti biasa, pendaftaran kelas online juga seperti biasa, jualan ebook juga seperti biasa. Mudahnya kerja apabila kita sudah tahu apa yang perlu menjadi fokus dan apa yang perlu menjadi keutamaan. Alhamdulillah segala nikmat dan rahmat.

Jam sekarang 11.45 anak-anak dan en.suami sudah lena. Saya sahaja masih bugar dan setia, jadi ambil kesempatan ini menyambung perkongsian di sini,

Saya tidak pernah ada impian sebagai guru.
Dahulu sejak alam persekolah mahupun universiti, saya yakin saya kurang layak untuk kerjaya sebagai guru. Ketika bekerja juga saya seorang yang mudah sahaja, memudahkan urusan pada cara paling cepat dan mudah. Maksudnya tuju terus kepada sasaran dan pencapaian, bukannya soal remeh temeh yang menjadi kerenah birokrasi.

bersambung ya, mengantuk pula ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin