Teks: Masayu Ahmad
mula baca naskah ini jika serius mahu bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com
Berpagi-pagi rutin dulu hingga kini adalah menulis, tugasan kedua bersambung meneruskan tugas harian, memantau barisan pasukan akademi bekerja di rumah.
Alhamdulillah, perjuangan ini tidak mudah ia datang bersama amanah. Saya sulamkan ia dengan penuh kasih sayang. Pasukan datang silih berganti, yang mana setia alhamdulilah, yang mana sudah dapat tempat berteduh yang baru juga alhamdulillah. Teruskanlah perjuangan kalian di mana sahaja berada.
Saya di sini, masih setia dengan amanah yang diberikan Tuan Punya, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah diteruskan.
Namun kadangkala ia menuntut renjatan emosi. Mohon kalian jangan datang bersama untuk saya, mencurah lelehan air mata dan tangis. Saya tidak ada ubat untuk itu. Yang ada saya perlukan yang datang kepada saya, bersama nilai positif, semanga mahu berubah, semangat mahu berhijrah. Pergilah kita kemana sahaja langit tetap kita junjung, tanah tetap kita pijak.
Emosi pula saya petang ini. Iya, mohon tidak lagi datang kepada saya yang punya jiwa lemah jika mahu berubah. Saya tidak ada kaunter tabungan air mata, yang ada trek kasih sayang penuh perjuangan untuk bermula. Saya tidak ada masa dan tidak ada gaji untuk mendengar rintihan, yang ada, laluan pemula. Jika bersedia boleh sambut dengan analisa, dan mula segera, kami di akademi sudah pun menyediakan jaringannya.
Alhamdulillah segala nikmat dan rahmat.
Salam kasih sayang, travelog suri 5.12.2013
No comments:
Post a Comment