Teks: Masayu Ahmad
Jika sudah serius mahu bekerja dari rumah, baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com
Ini kesimpulan saya dan ada banyak kesimpulan lagi yang akan saya kongsikan. Namun ini kritikal bagi pemula wahm
1. Keliru keputusan tergesa-gesa mahu berhenti kerja, berbanding persediaan asas sebelum berhenti kerja. Bersedia tiga tahun awal dan tiga tahun yang pertama. (ada saya kongsikan dalam ebook 101 idea home-based bisnes)
2. Tidak tahu apa yang perlu fokus menjana pendapatan dari sumber mana. Masih teragak-agak, lazimnya ia berlaku perkara yang hampir sama kebanyakan wahm yang tidak bersedia. Apabila membaca kisah sukses mereka yang bertaha ialah mereka fokus pada 3 hingga 5 tahun pertama.
3. Tidak fokus
Tidak fokus menjadikan kebanyakan pemula wahm mengalami masalah umbang ambil di awal berhenti kerja. Selain berhenti secara tergesa-gesa, menyebabkan tekanan kewangan dan mereka kembali bekerja.
4. Keliru
-Jejak pendapatan bersih, bukannya jumlah jualan
-Jejak pendapatan dari sumber pendapatan sambilan, jangan dicampur dengan pendapatan isi rumah (ia berbeza
-Jejak dari awal kewangan (hutang, tabungan, modal, simpanan)
5. Mudah kecewa
Selalu saya nyatakan jika mahu dan serius bekerja dari rumah, bekerja sendiri mula belajar untuk keras hati, tidak emosi. Cabaran bekerja sendiri adalah tiga kali ganda persediaan mental dan emosi. Jika kalian mudah sahaja sentap, emosi, kecewa, berduka, putus asa. Simpan dahulu matlamat bekerja dari rumah. Ia bukan fasa 'main-main' ia satu fasa penghijrahan dari 'zon selesa' kepada 'zon perubahan setiap masa'. Kita perlu laju menangkap perubahan dan bergerak dengan tindakan pantas.
No comments:
Post a Comment