mula baca naskah ini www.janawangdirumah.com
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah atas nikmat dan kasih sayang Allah, ya saya masih bersiaran seperti biasa. Tahun ini matlamat utama ialah menyelesaikan 13 lagi manuskrip. Saya mahu usahakan lebih banyak terbit sebagai buku, insya-Allah.
Juga penekanan dan fokus saya agar rakan niaga/pengurus online boleh jana pendapatan RM1k, RM3k dan RM5k hanya dari rumah. Bagi yang sudah sedia boleh pm saya di fb ya, https://www.facebook.com/masayu.ahmad
Manakala kelas offline untuk mula bisnes, boleh daftar melalui email untuk keterangan lokasi, pn.masayu@gmail.com. Kelas bermula Mac. Terima kasih atas pertanyaan, kelas hanya hari tertentu sahaja.
Tahun hadapan jadual padat bermula Januari hingga Disember. Insya-Allah.
Mula bisnes tanpa modal
Mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosi barang-barang tersebut di facebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya.
Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog.
Kemudian mempromosi kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen.
Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula kepada pembekal.
Pembekal akan menguruskan penghantaran produk.
.Status penghantaran dimaklumkan kepada agen.
Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar.
Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaran antara pembekal dan pelanggan.
Kumpul modal dari komisyen
Ok, konsep dropship ini sangat mudah untuk diuruskan. Usahawan hanya perlu ada komputer dan internet. Juga mempunyai senarai pembekal yang aktif menawarkan produk. Hanya google kata carian dropship. Pilih produk yang mempunyai agihan komisyen yang tinggi, contoh RM50, buat sasaran jualan harian, RM100 sehari untuk dapatkan pendapatan bersih RM3k sebulan.
RM3k sebulan ini boleh disimpan sebagai modal. Simpan dan lupakan. Ini juga satu latihan yang sangat bagus, iaitu latihan menjual, mempromosi dan meningkatkan ilmu pemasaran. Kekalkan momentum jualan setiap bulan, buat rekod dan pelbagaikan strategi.
Kekalkan fokus mendapat jualan harian minima RM100 sehari, dan tingkatkan lagi jumlahnya dari masa ke semasa. Cabar diri.
No comments:
Post a Comment