Puan, melalui kelas yang puan syorkan saya tadi, bolehkah saya dapt income juga darinya?
Puan H
Jawapan saya: Masayu Ahmad
Terima kasih kerana bertanya, salam perkenalan dari saya. Blog ini salah satu permulaan saya berhenti kerja, tapa saya belakang tabir berkongsi dan menulis. Atas niat untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin info dan perkongsian berkaitan dengan bekerja dari rumah khusus untuk wanit dan surirumah.
Segalanya sudah saya kongsikan dalam buku dan ebook saya. Kalian boleh dapatkan ia,
1. Buku Jana RM Dari Rumah-terbitan Grup Buku Karangkraf, boleh dapatkan terus dari Mall Karangkraf.
2. Ebook www.janawangdirumah.com. Ini juga ebook asas persediaan bekerja dari rumah. Juga ada temuramah wanita yng bekerja dari rumah.
3. Ebook mula bisnes online/offline
Keterukaan paling ketara para wanita adalah mahu memulakan bisnes butik. Jadi sudah saya kumpul dan jadikan ebook. Boleh dapatkan di sini.
4. Ebook mula 101 idea bisnes makanan. Khusus buat tuan puan yang mahu menceburi bidang/industri makanan.
5. Ebook super wahm super mom. Kisah realiti hakikat dan cabaran bekerja dari rumah, saya temuramah wanita yang sudah lama bekerja di rumah. Wajib baca jika mahu bergelar wahm.
6. Ebook 101 idea home based bisnes- Ini yang terbaru, salah satu yang saya kongsikan ialah bagaimana mahu mula dengan apa yang ada. Baca dahulu persediaan asas ini.
Boleh dapatkan ebook dan buku saya di sini https://www.facebook.com/masayuahmaddotcom
Ini pula tentang kelas online yang saya kendalikan.
Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah
Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.
Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.
Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.
Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog.
Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.
Mulakan dengan apa yang ada
Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambila sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.
Akademi Bekerja Dari Rumah
Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 300 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 300 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
4. Kelas penulisan kreatif online, pra daftar, kelas
bermula Disember. (Yuran RM170, dua ebook rujukan)
Selepas pilih kelas, pilih yuran1, yuran2, yuran3, atau
yuran4.
Kemudian daftar dan isi borang pada ruang disediakan.
Baca dahulu ulasan mereka yang sudah menyertai kami, kemudian barulah buat keputusan.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment