Thursday, December 19, 2013

Debar kali ke 5

Teks: Masayu Ahmad
Sudah sedia baca naskah ini dulu  ya www.janawangdirumah.com

"Hmmm anginyaaa." (wanginya)

Kata Arissa sambil aksi mengambil sehelai kain bedung dan mencium berulang kali.

"Adik nok duduk dengan Kak Long, nanti duduk dengan cik muni deh." Mok menarik perhatian Arissa.

"Tok cey, nok duk ngan bu." (Tak nak, mahu tinggal dengan ibu)

"Best dok ngan bu." Tambah Arissa lagi.

Kononya, ibu saudara mahu bawa Arissa 3 tahun, dua minggu selepas saya bersalin. Nampaknya saya pun tak sanggup mahu hantar dia. Lagi pula en.suami nyatakan tak perlu, nanti malam teringat pula. Tambahan pula en.suami akan bercuti seminggu pertam untuk urus anak-anak. Alhamdulillah.

Biasanya saya tidaklah teruk sangat masa berpantang. Masih ok. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik selama berpantang.

Semalam boleh lagi bermimpi bersalin dengan mudahnya, tanpa ada sakit. Semoga Allah permudahkan kelahiran ini. Tawakkal sepenuh hati.

Semalam teringin minum kelapa muda, bukan susah pun petik depan rumah sahaja.

Kerja online masih berjalan seperti biasa Alhamdulillah, bukan susah pun kan. Hujung jari sahaja, di rumah sahaja. Inilah nikmatnya bekerja di rumah. Manakala urusna bertebaran seluruh online.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin