Thursday, December 5, 2013

Mula dengan apa yang ada


Jika serius mahu bekerja dari rumah, baca naskah ini www.janawangdirumah.com
bayar di sini 
pre order ebook pantang RM30
pn.masayu@gmail.com

Saya suka melayari internet tidak kira laman sosial seperti facebook,youtube dan google dan sesawang lain. Pada 29 November 2013, saya telah melayari laman google bertujuan mencari tip-tip seperti masakan, duniafashion, sehinggalah saya menemui kelas asas blog. Terdapat beberapa orang tenaga pengajar yang saya temui dan saya meneliti blog mereka. Hasilnya, naluri hati tergerak untuk memilih Puan Anys Idayu Zakaria sebagai cikgu kelas asas blog saya. Tujuan sebenar saya mengikuti kelas ini bagi bertujuan ingin belajar membuat blog dan mengasah bakat terpendam dan juga mengembangkan bisnes yang sedia ada.

     Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubungi cikgu saya dan telah mengikuti kelas asas blog dan penulisan dan juga kelas asas blog dan fanpage(bisnes). Terdapat empat ebook untuk rujukan saya seperti ebook Asas Blog Penulisan,  Bisnes Butik Online Offline,  Super WAHM Super Mom dan 101 Idea Home Based Bisnes. Dua kelas yang berlangsung secara online iaitu Kelas Online Asas Blog Penulisan dan Asas Blog Fanpage (Bisnes) tidak memerlukan anda hadir untuk turun ke kelas dan masa yang tidak terhad sungguh menyenangkan diri saya. Tiada tekanan dalam belajar sebaliknya lahirnya jalinan antara kami pelajar dan cikgu yang erat.

Di dalam kelas asas blog dan penulisan saya telah diberi pendedahan cara-cara membuat blog. Bagi situasi saya yang belum ada blog sendiri, saya mendapat ilmu baru, sesuatu yang saya baru belajar pada usia dua puluh lapan tahun ini. Dengan berpandukan ebook  Asas Blog dan Penulisan,  dan tunjuk ajar Cikgu Anys, hari pertama tanpa menunggu lama saya terus memulakan projek blog saya. Maklum balas yang cepat dari Cikgu Anys, saya dapat menyiapkan blog saya dalam masa seminggu. 

     Di antara kata kunci membuat asas blog, email dengan menggunakan nama sebenar sangat penting untuk penjenamaan sendiri dan memperkenalkan diri kepada khalak online. Selain itu, pengenalan diri juga penting supaya pembaca mengenal pemilik blog. Terdapat banyak lagi info di dalam ebook Asas Blog Penulisan. Untuk keterangan lanjut, silalah berhubung dengan tenaga pengajar dengan melayari http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/.

     Bagi yang ingin memulakan dan mengembangkan bisnes boleh juga membeliebook Bisnes Butik Online Offline dan 101 Idea Based Bisnes. Tidak rugi membeli jika mahu ilmu yang sedia ada ditambah dengan ilmu yang serba serbi perkasa. Peniaga yang rendah diri lebih disukai pelanggan, dan itulah saya. Berminat membeli minyak wangi, silalah melihat koleksi minyak wangi di fanpage Kedai Perfume saya di https://www.facebook.com/luvPerfume85. Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan dan diiklankan juga di http://sohodirectory.blogspot.com/.

  Pengalaman mematangkan seseorang dan dijadikan motivasi penguat semangat dalam meneruskan bisnes kecil-kecilan saya. Di dalam ebook Super WAHM  Super Mom, sebagai seorang isteri yang bekerjaya dan ibu muda dan anda surirumah di luar sana daripada menghabiskan masa dengan laman sosial, dan perkara lain marilah beli ini ebook Super WAHM  Super Mom yang membuka minda kita untuk berjaya walaupun bekerja dari rumah. Yang jahat dijadikan tauladan dan yang baik dijadikan teladan. Mana yang baik kita contohi manakala yang tidak baik sudah terjadi di masa lampau dijadikan pengajaran dan ilmu agama penuh supaya tidak lari dari batas kehidupan. Marilah sama-sama menyertai saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini, yang pasti banyak yang akan dikongsikan dan dipelajari di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/. Tepuk dada tanyalah selera.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, betapa saya sendiri mengagumi diri saya dalam masa seminggu sahaja dapat menyiapkan blog saya. Tanpa cikgu siapalah pelajarnya, begitulah saya. Terima kasih Cikgu Anys Idayu Zakaria, http://anysidayu.blogspot.com. Jasamu dikenang. 

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin