Wednesday, December 11, 2013

Jangan pernah ada rasa putus asa, ia sahabat setia pendaki sukses

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com, jika memang sudah serius mahu mula baca naskah ini dahulu ya

Selang waktu ada rasa sudah sampai masanya, perut mula mengeras. Namun alhamduillah, untuk kali ini saya dapat tidur yang lena, walau siang hari agak pancit namun masih penuh tenaga.

Terima kasih Allah atas nikmat dan kasih sayang ini. Allahu Allah, ya saya sekarang berada minggu ke 38, memasuki fasa terakhir kehamilan. Alhamdulillah, tidak ramai yang tahu, kerana saya kekal begitu. Pun begitu saya sudah rasa masa yang sesuai untuk saya kongsikan di sini. Apapu keadaan kita fokus kepada matlamat, situasi, masalah, persekitaran itu adalah satu tingkat tembok agar kita melompat lebih tinggi.

Sambil menaip ini, anak-anak sudah lena tidur. Saya sudah siap siaga sebenarnya, akan tetapi baju bayi dalam kotak belum pun dibasuh lagi hehe. Teruk tak, sibuknya kalahkan perdana menteri Malaysia. Sibuk? Saya selalu ingatkan diri biarlah sibuk yang terurus dan fleksibel.

Pagi tadi sebelum ke klinik, saya sempat masa sarapan dan tengahari. Kebetulan biras mahu bawa bekal ke Kuala Lumpur, jadi saya masak banyak terus. Mertua juga tidak berapa sihat, jadi faham-faham sahajalah tugasannya seperti selalu, bantu dia masak sarapan.

Arissan masih ketiduran, sementara Arif sudah bangun. Jadi saya selesaikan Arif dahulu dan hantar ke kelas jam 9 hingga 12. Balik dan selesaikan pula Aiman yang terkedek-kedek mahu dan tidak mahu pergi, pujuk berjaya juga. Tinggalkan pesanan buat Hakim, jaga adik ibu ke klinik sekejap periksa baby dalam perut.

Hantar Aiman dan saya terus ke klinik. Dekat aje pun dua minit sahaja. Misi memang selalu bebel pada saya, selalu ponteng temujanji. Saya tadahkan sahaja telinga, hehe. Saya sibuk misi, walau saya surirumah saya memang tidak sempat. Saya suka cara misi kerajaan bekerja dan bagusnya doktor sangat bertoleransi, hanya misi sahaja yang agak 'sedikit rajin' mengingatkan agar tidak ponteng. Rekod kehamilan saya ok, sebenarnya dan tidak ada masalah, itu sebab saya selalu ponteng, bukan saja-saja ponteng senarai panjang saya setiap hari walau pun fleksibel.

Persiapan bersalin sudah siap, hanya pakaian bayi sahaja belum saya basuh, ingatkan mahu hantar dobi sahaja. Oh, ya kelas online masih berjalan seperti biasa, online sahaja kan. Juga pembantu online dan offline juga semua sudah diberikan tugas. Jadi operasi kelas berjalan seperti biasa, lagipun hujung jari sahaja buka saya pergi mana-mana.

Terima kaish Allah atas peluang ini, atas perjalanan ini. Oh ya hari ini hari lahir en.suami tersayang 12.12.2013. pada 7.12.2013 yang lepas ulang tahun kelahiran yang ke 3 anakanda puteri Arissa. Alhamdulillah sudah tiga tahun rupanya saya di sini. 10 tahun perkahwinan 5 zuriat, rezeki yang Allah beri ini lebih dari cukup. Ia membuatkan saya tidak boleh leka dengan 5 amanah ini.

Doakan saya dipermudahkan segala urusan dan doakan saya bersalin dengan mudah, sekali teran sahaja, dimulai dengan Bismillah,SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Aik, nanti dahulu belum lagi saya sakit mahu bersalin, hanya ampun dan maaf dari kalian sahaja.

Travelog suri
12.12.2013

3 comments:

aJa said...


Semoga semua dipermudahkan. Amin

Blog Nur Balqis Qahira said...

Semoga dipermudahkan dan didoakan semuanya berjalan dengan lancar,.#Rutin harian,wajib singgah di blog mentor ini setiap hari

Masayu Ahmad said...

alhamdulillah, terima kasih aja dan balqis atas doa kalian
;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin