Wednesday, December 4, 2013

Sudah hampir selesai, sekarang terus ke depan

Teks; Masayu Ahmad

Hampir selesai 13 ebook untuk tahun ini, saya sudah memasuki fasa seterusnya 15 lagi manuskrip, semoga ia selesai dan juga tahun ini Allah mudahkan manuskrip saya diterbitkan sebagai buku. Permudahkan ya Allah, permudahkanlah.

Kita akan diuji dengan keadaan keluh kesah ketika dilanda kecewa.
Kita akan diuji dengan berita gembira rezeki yang mencurah. 
Kita juga diuji bertahan ketika proses mendaki melalui jalan yang licin,
jalan yang curam. 
Namun ia tetap sejati bagi pejuang, terus melawan arus ke puncak. 
Sepanjang jalan akan ditemui sahabat yang setia sahabat sejati, 
sahabat yang singgah sebentar cuma,
sahabat yang hanya mahu menumpang keluh kesah.
Namun perlu diingat itu semua permainan sementara, 
sementara kita berada di landasan pelbagai pemainan sebenar. 
Untuk kita kekal keras, kekal bersemangat. 
Walau hujan dan ribut, bertahan, ketika menuai hasil menikmati, 
ketika berada di puncak, lihat semula perjalanan yang cantik dan indah. 

Perjuangan sebenar, apabila menutup mata, tinggal seorang diri. Semua sudah tidak ada, yang ada hanyalah tiga perkara. Pilihan yang ada syurga atau neraka, atas dasar apa yang sudah dilakukan di dunia.
Salam kasih sayang, permulaan hari hebat lagi. Selamat datang 12 pelajar baru Disember. Terima kasih atas ukhwah dan talian persahabatan melalui ilmu pembelajaran secara online ini. Semoga bermanfaat untuk diri dan memberi manfaat kepada orang lain. Alhamdulillah untuk hari ini, suasanan redup sejuk menyelubung. Mari teruskan misi untuk hari ini. Alhamdulilah.
MasayuAhmad.com
Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin