Tuesday, December 17, 2013

Bagaimana cara jana pendapatan sambilan atau sepenuh masa tanpa perlu keluar rumah?

Teks: Masayu Ahmad

Selesai sudah hantar Arif dan Aiman, jam 8 hingga 12 tengahari. Seronok saya apabila anak-anak bangun dan mahu bersiap ke tadika. Ya sangat membantu, saya ada lagi dua di rumah dan satu dalam perut menanti hari untuk melihat alam ini.

Allah Ya Karim, Ya Razak. Pencipta manusia, keseluruhan makhluk dan alam. Kepada Mu tempat bergantung, dulu kini dan alam kemudian.

Arissa masih lena, manakala Hakim saya palu-palu dengan ayat pengaruh agar tersemat dalam minda dan jiwa.

"Abe penolong ibu yang hebat, ibu nak keluar tengok baby."

"Abe nok gapo, nanti ibu masak sedap-sedap."

Yalah kan, anak-anak pun mcam kita juga, biasanya saya bagi juga upah RM2 sebagai servis jaga adik.

Macam saya juga dulu-dulu jadi pengasuh anak jiran. Dapat upah bukan main seronok kan. Duit itu simpan atau beli buku, atau beli barang idaman. Orang tua pun suka dapat 'reward' atas usaha, ini pula kanak-kanak. Usaha dulu reward kemudian.

Rakan Niaga/ Pengurus Online

Banyak yang bertanya saya bagaimana mahu mula. Macamana saya urus masa.

Saya bekerja sendiri, sepenuh masa sebagai penulis. Mahu atau tidak saya berada dalam kategori tidak suka diganggu masa saya. Saya mahu masa saya dengan keluarga, buku dan laptop. Tetapi syaa perlu juga jana pendapatan aktif. Mana mungkin tunggu royalti sahaja kan, perlu usaha pendapatan harian sama seperti dulu.

Jadi saya terus juga menulis di fb dan blog. Terus bekerja seperti biasa. Hasilnya banyak ebook yang siap hasil penerokana saya ilmu bisnes kecil dan bekerja dari rumah. Dari situ saya menjual ebook, ya ia pendapatan harian dan alhamdulillah boleh membantu ekenomi keluarga. Ya, itulah titik mula, hanya di blog dan penulisan. Blog ini saya tidak tinggalkan, ia banyak melakar kejayaan kecil.

Sudah pasti saya mahu berkongsi dengan surirumah yang lain.

Apa lagi?
Bertalu lagi mesej pertanyaan macam mana mahu mula, macam mana mahu berjualan di blog dan fb. Ya lagi, saya ingatkan pelru buka kelas offline. Tetapi masih lagi kekangan masa. Dari situ Allah bagi lagi idea, ilhamkan kelas secara online, masa fleksibel untuk suri yang sibuk seperti saya. Jadi dalam 200 pertama saringan awal, saya mendapat 13 calon guru online yang komited dan fokus.Alhamdulillah. dalam tempoh 10 bulan ini saya latih dan latih mereka, hanya secara online juga. Kerana sya tidak punya masa ke sana ke sini. Masa saya hanay di laptop sahaja.

Jadi, kelas kami kini sudah pun mencecah 330 pendaftaran sejak bermula Mac lalu. Pelbagai kategori kelas online diperkenalkan Alhamdulillah.

Jadi apa lagi.
-tidka perlu keluar rumha
-tidak perlu simpan stok
-tidak perlu modal yang besar
-guna apa yang ada blog dan faceboo sahaja
-saya buka lagi pendaftaran sebagai rakan niaga/pengurus online akademi bekerja di rumah.

Semoga usaha kecil ini membantu kalian, menjana pendapatan hanya di rumah. Tidak perlu keluar rumah seperti saya. Saya masih tumpukan keluarga, anak-anak yang masih kecil sekolah renda, tadika, 3 tahun dan bakal lahir beberapa minggu sahaja lagi. Saya tidak ada pembantu rumah, juga tiga warga emas. Inilah usaha ciput saya, saya bekrongsi dan bagi yang ada masalah sebagaimana saya masalah 'masa' dan mahu 'pendapatan harian' inilah salha satu caranya.

Semoga Allah memberikan laluan dan mempermudahkan usahka kita semua. Segala kekurangan datang dari saya, yang hebat super hebat hanya dari Allah s.w.t.

Ampunkan saya jika ada salah dan silap, saya sebagai pemegang amanah dan laluan sahaja, yang lain rezeki hanya bersumberkan 'Allah."

Alhamdulillah, saya mahu ke klinik dulu ya. ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin