Thursday, December 12, 2013

Amanah Allah kita sama-sama jaga

Teks: Masayu Ahmad

Saya terkesan lagi pagi ini membaca coretan ini


Rumah adalah tempat paling selamat bagi wanita. Jika kita sibuk berjalan keluar ke tempat membeli belah, mata tidak terlepas dari mengangan-angankan perhiasan dunia. Jika kita sibuk bertandang ke rumah orang, mulut tidak terlepas menceritakan kehebatan diri, harta benda dan pencapaian anak-anak. Lebih menakutkan apabila kita berkongsi cerita atau menyebarkan aib orang.  Paling tidak, telinga mendengar apa yang disebarkan oleh rakan. Kadangkala kita tidak mahu mendengar namun tidak pula mampu menolaknya. Subhanallah! Sungguh, benar. Betapa beruntunglah apabila Allah memberikan wanita berakal yang berfikiran begitu. Betapa Allah mahu memelihara untuk meletakkan mereka sebagai wanita mulia penghuni syurga. Berapa ramai yang cerdik lagi berakal namun menolak fitrah wanita untuk menjaga rumahtangga? Dalam diam saya mengiyakan kelebihan wanita yang bergelar isteri dan ibu sepenuh masa di Arab Saudi. Tidak pula saya mendengar mereka memberontak untuk memandu kereta sendirian ke pasar-pasar atau sibuk menghantar anak-anak pergi dan balik dari sekolah. Tidak pula saya mendengar keluh-kesah mereka kerana membalut seluruh badan dengan kelubung hitam. Malah mereka menutup wajah dengan hanya menampakkan dua biji mata. Subhanallah!Saya mendengar pelbagai lontaran yang diberikan kepada wanita Saudi. Mereka dikatakan keras hati dan kasar orangnya. Allahu Akbar! Sekeras-keras hati wanita arab mereka menutup aurat dengan sempurna ketika berada di luar rumah. Mereka takutkan Allah SWT. Lalu saya membuat perbandingan dengan wanita melayu Islam yang dikatakan lemah lembut, beradab dan penuh bersopan. Allahu Akbar! Selembut-lembut wanita Melayu mereka tidak segan silu berjalan keluar dengan menyarung sekeping kain nipis melekat menyaluti badan. Sekali pandang, sesiapa sahaja sudah dapat membayangkan berapa saiz pakaian dalam mereka dan berapa banyak ketulan di badan! 
sumber:  http://www.muhdkamil.org/pensyarah/roza_roslan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin