Thursday, December 5, 2013

Rai hari indah penuh perjuangan ;)




pre order RM30
beli yang ini, dapat ebook pantang
syaratnya hantar ulasan ebook.
bakal terbit 1.1.2014

bayar di sini ya
  
pn.masayu@gmail.com

Lama saya simpakan manuskrip ini, ketika kandungan Arissa berusia 2 bulan, dalam keadaan mabuk dan keletihan berjaya juga untuk sesi foto dan memasak 30 resepi, bermula seawal 7 pagi kemudian berakhir 12 malam. Selepas itu saya tumbang keletihan.

Selepas melahirkan Arissa, ketika berpantang dua minggu, saya sambung lagi untuk memasak dan 'sesi foto' resipi dan menjadikan ia 44 resipi. Dalam keadaan pantang itu saya berjaya juga melawan perasaan, hanya perasaan keterujaan untuk menyiapkan manuskrip 44 resipi ini. Alhmadulillah.

Ia sungguh indah dalam kenangan. Tentunya keterujana saya paling nyata mahu jadikan ia dalam bentuk buku bercetak, lengkap panduan berpantang dan juga 44 resipi pantang. Hamil 4 anak sebelum ini dan menjejaki para doktor dan bidan, saya masukkan info ke semuanya dalam dua ebook ini. Alhamdulillah, fokus apa yang kita mahu, fokus apa yang kita mahu capai, lupakan kesakitan, kelemahan, kekecewaan, itu semua membuang masa dan tenaga. Serap dan alirkan semua tenaga positif kepada arah matlamat yang kita mahu capai.

Baik hari ini saya hadiahkan untuk diri sendiri conut dan coklat dan juga beberap lagi senarai ehem-ehem ;) Kerja belum siap lagi hanya 20% proses suntihgan dan kalian sudah boleh pre order naskah ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas segela upaya ini, idea ini, laluan ini. Semoga usha ini mampu saya berkongsi rezeki dengan para pengedar, dan juga ahli akademi di rumah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin