Monday, December 9, 2013

Terus mara ke hadapan

Teks: Masayu Ahmad

Sangat kritikal tugasan dan masa minggu ini, jadi hari ini meminta bantuan en.suami bercuti, jadi pembantu saya sekejap untuk urusan di luar. Harapnya beberapa senarai lagi selesai hari ini. Aiman dan Arif sudah saya hantar ke kelas semula jam 9 hingga 12 tengahari. Jika tidak di rumah banyak buang masa. Cukuplah cuti yang ada. Ia hanya kelas belajar sambil bermain, agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

Hakim hari ini baru pulang. 20 hari lagi menjelang tahun baru. Saya di sin masih rancak dengan dua manuskrip ini. Semalam semasa mahu tidur dan rehat, terlintas ilham, aduhi pagi ini mahu keluarkan ia kembali sudah hilang. Patutnya cata terus.

Ok, saya nanti akan siarkan, bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman bersalin dan berpantang, akan mendapat naskh ebook panduan lengkap 44 hari berpantang. Kongsikan pengalaman kalian ya. Sebelum itu ada beberapa syarat yang mudah. Nanti saya maklumkan di sini.

Juga terima kasih atas sambutan ebook ini, namun ia bukan buku fizikal ada yang sudah membuat pembayaran dan tempaha. Ia adalah ebook, iaitu versi digital. Doakan saya dapat menerbitkan ia dalam versi buku fizikal juga tahun 2014. Insya-Allah.




https://www.facebook.com/pages/Panduan-Lengkap-44-Hari-Berpantang-Tradisional-Moden/723459044334618

Travelog suri,
Nikmati pilihan hidup ini atas pilihan yang tepat,

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin