Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com
Sudah Jumaat 26.4.2013, satu perkara yang masih belum selesai ialah shopping cart www.nbbukuonline.com
Ya, insya-allah saya sedang memasukkan seberapa banyak judul buku. Juga sudah ada pembantu tambahan untuk menjaga proses tempahan dan juga memasukkan judul-judul buku. Kami mengedar buku-buku dari penerbit Grup Buku Karangkraf, PTS, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Al-Hidayah dengan pelbagai genre. Bermula usia bayi, kanak-kanak sehingga dewasa.
Menariknya, beli seberapa banyak pos adalah percuma ;) Saya mensasarkan dapat beroperasi sepenuhnya bulan Mei 201. Insya-Allah
Ini adalah hasil daripada usaha 2008, saya hanya memasarkan buku sendiri sahaja. Tidak kira pada masa itu sebuah, dua buah, atau 10 buah buku. Semuanya dilakukan dengan penuh perasaan, cita-cita dan harapan.
Saya suka dengan kata-kata Dr. Azizan pakar pemasaran, fast action fast result, terhegeh-hegeh action terhegeh-hegeh result. Ya, 2005 adalah tahun pecutan tindakan dan mahukan hasil luar biasa.
Ada masa saya perlahan laju, perlahan, berhenti sekejap, rancang semula dan alhamdulillah 2013 ini saya sedang menaiki tangga dengan konsisten. Ya, juga sebab Arissa sudah besar penghujung tahun ini sudah usia 3 tahun. Sekejap sahaja masa kan. Sambil melewati momen-momen anak-anak membesar, dan juga harapan dan matlamat realistik mahu siapkan 30 judul ini adalah matlamat jangka pendek.
Juga, selesai 30 judul, saya menawarkan dahulu kelas online VIP khusus untuk kalian yang mahu menulis buku atau ebook, buat sehingga siap. Terdapat beberapa langkah saya dahulu yang agak panjang, namun saya sudah kenalpasti kesilapan dan kini memendekkan jangka hayat untuk cepat terbit.
Untuk buku pertama saya menulis sebuah novel dan ia ditolak penerbit. Manakala buku ke dua masih lagi belum terbit, buku ketiga Jana RM Dari Rumah itulah yang terbit dahulu pada tahun 2010. Sudah sudah menyiapkan lebih kurang 10 namun ada masih beratur dan ada juga masih lagi penilaian.
Penolakan adalah satu tekanan positif yang mana kita perlu menjadikan penolakan tersebut sebagai titik mula untuk bertindak lebih pantas. Pantas maksudnya, setiap kali rancangan A gagal, perlu bersedia dengan laluan ke dua, tiga dan empat begitulah seterusnya. Hidup ini sekejap sahaja, jadi strateginya ialah wujudkan peluang berdasarkan apa masalah yang kita alami. Tidak perlu menungg orang lain, sepatutnya kita lebih kreatif mencipa dan mengguna peluang berdasarkan apa masalah yang kita hadapi. Betul tak?
Fast action
Jadi langkah mudah untuk saya ialah menerbitkan dahulu sendiri, kemudian barulah beri kepada penerbit. Apa yang bagusnya strategi ini, tiga penerbit serentak mahukan buku saya. Jadi tidak perlu lagi menunggu terlalu lama, dan hasilnya juga akan lama. Sekarang saya siapkan dan terus sahaja terbit, tidak perlu tunggu lagi, dan respon penerbit juga lebih cepat.
Untuk anggaran kos
1 manuskrip untuk bayaran sekali harung RM3K hingga RM5K-ini bergantung kepada penerbit juga ya.
Kos upah cover RM100 hingga RM300, manakala kos suntingan manuskrip RM300 hingga RM400, ada juga RM3 hingga RM4 untuk satu muka surat manuskrip mentah.
Untuk kelas VIP bermula bulan Mei
Kalian hanya bayar kos belajar teknik dan strategi menulis
-Siapakan 10 bab buku
-Mengalihakan bahan sedia ada dari blog ke buku
-Menulis menggunakan blog untuk susunan bab dalam buku
-Menggunakan blog untuk latihan penulisan
-hak karya adalah hak pelajar bukan penulisan bersama
-Jumlah pendapatan tiada had, selagi mana ebook yang dijual itu ada pembeli ia berterusan boleh dijual
Sasarkan untuk tukar blog kepada RM dengan menjual ebook atau buku tulisan sendiri. Dunia tanpa sempadan kemajuan gajet yang begitu rakus sekarang ini, sangat penting untuk ambil peluang.
Kelas VIP akan bermula Mei 2013
No comments:
Post a Comment