Sunday, April 28, 2013

nasi kerabu kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Pagi ini menyiapkan nasi kerabu ala mertua, ini resipi versi mertua. Sempat juga suami bersarapan sebelu pergi kerja. Biasa kalau saya punya versi sempat juga goreng daging kunyit.

Antara bahan nasi kerabu ini. Kuah atau ore kelate panggil tumis nasi kerabu

Tumis
Bahan- bawang merah lima, bawang putih 3, lada kering 4, halia dan dikisar

Santan, masak hingga pecah minyak. Masukkan dua sekeping asam gelugor. Masukkan bahan kisar tadi, biarkan lagi hingga sebati dan pecah minyak juga. Akhir sekali masukkan budu, garam, gula secukup rasa.

Sambal
Ikan rebus, kelapa yang digoreng, lada hitam, bawang merah. (tumbuk satu persatu ya)
Semua di atas ditumbuk. Campur semua sekali, adn rata dan masukkan gula dan garam.

Ulam
Timun, kacang panjang, daun kesum, daun serai kayu (banyak pilihan lagi, kubis, taugeh dll)

Hidangkan bersama, keropok keping dan juga boleh juga ayam goreng ke, ayam bakar, daging goreng, daging bakar. ;)

Iklan

Tawaran Ebook Pantang.Beli Ebook 30 Tips Sihat Ibu Hamil & PantangFREE Ebook 20 Menu Sihat Pantang & Hamil
BONUS!! Ebook Super WAHM Super MomBONUS EBOOK akan diberikan selepas Puan-Puan membuat ulasan tentang Ebook 30 Tips Sihat Ibu Hamil & Pantang
Tawaran sah sehingga 20 Mei 2013. Klik sini untuk keterangan lanjut 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin