Thursday, April 11, 2013

Meniti usia senja


Teks: Masayu Ahmad

Dua minggu ini saya insya-allah setia menjaga ayahanda. Keuzurannya makin hari makin nyata. Pun begitu urusan kerja masih seperti biasa, terima kasih Allah atas kemudahan dan peluang ini, juga dengan barian pasukan kerja yang hebat, juga pembantu yang memudahkan saya.

Ayah masih lagi demam sejak semalam. Demam urat yang menyucuk-nyucuk katanya. Pagi ini hanya makan nasi himpit dua sudu, tengahari sekeping biskut dan beberapa teguk air teh o suam. Tadi katanya mahu nasi sup, saya sudah siapkan sup sayur sejak tengahari. Saya buatkan yang terbaik, namun hanya dua sudu sahaja yang mmapu ditelan. Allahu Allah, saya ini bukanlah anak yang terbaik, namun ringanlah kesakitan dan cepatlah sembuh. Agar dia mampu bangun dan duduk seperti biasa. Sejak pembedahan mata beberapa minggu sudah, dia demam kebah tak kebah. Ya Allah permudahkanlah dan sembuhkanlah ayah hamba. Amin, amin, amin.

1 comment:

Unknown said...

Moga Ayah Puan cepat sembuh... Puan antara yang terpilih kerana dapat menjaga mereka di usia meniti senja ini... Moga Allah permudahkan segalanya...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin