Teks: Masayu Ahmad
Fikir dan fikir, lari dan lari, pusing dan pusing. Apa pula yang saya bebel kan ya. Bukan mengeluh tetapi mencerap dari hari ke hari masa sangat laju dan pantas. Masa yang berbaki tinggal sedikit sahaja. Umur kini sudah 34 tahun, tidak tahu berbaki berapa.
Aiman: Tok yah, dah tuo, mok dah tuo, ibu pun dah tuo. Kalu atok mati, mok mati, Aiman tinggal dengan ibu. Kalau ibu mati, Aiman tinggal dengan ayah. Kalau semua mati, Aiman tinggal sorang-sorang.
Allah kan ada, Allah tak akan mati. Fikiran anak kecil. Iya, itu fikiran anak kecil, bagaimana pula fikiran anak besar seperti kita.
Saya tidak dan sama sekali menyesal memili sebagai suriruamh, malah kalau boleh saya mahu terpilih sebagai surirumah kesayangan Allah. Saya sudah merasai suasana hiruk pikuk, sibuk, jalanraya sesak. Maka adalah satu rahmat besar dengan dapat kembali berhijrah dan juga saat ini rasanya inilah masa yang tepat, setelah saya merancang dari tahun ke tahun.
Keuzuran ayah semakin nyata setiap hari, tidak dapat tidak saya perlu dan sudah sedia, bukannay berdoa. Tetapi buat sehabis baik sebagai anak. Juga alhamdulillah, dengan kerjsam adik beradik jauh dan dekat. Tiga malam ini wajah tu itu tidurnya tidak lelap, kebah tidak kebah. Allahu Allah, sembuhkanlah ayah, ringankanlah kesakitan.
Jadual sudah terbahagi dua, memandangkan suami akan ke luar daerah, harapnya Hakim boleh berdikari. Arif perlu ponteng seminggu dan dibawa ke sini. Aiman juga sudah ponteng seminggu. Tidak mengapa ia bukan selalu kan.
Ini bukan coretan keluhan, ini catatan realiti sebagai anak dan ibu, isteri dan khalifah Allah. Selagi mana kita bernyawa, tugas dan amanah masih tergalas. ;)
No comments:
Post a Comment