Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah untuk rahmat dan kasih sayang Allah, pagi ini menerima seorang lagi yang mendaftar masuk ke kelas asas blog. ya yuran untuk pendaftaran pengambilan ke dua ini adalah RM130 hanya 10 orang sahaja, dan tinggal 7 kekosongan sahaja lagi.
http://belajarasasblog.blogspot.com/
Teks: Nurulhuda Ismail @Wahid
Penemuan facebook peribadi milik Puan Masayu merupakan titik permulaan saya mengikuti Kelas Asas Blog & Penulisan yang dianjurkan olehnya. Dek kerana saya amat mengimpikan menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi masih mempunyai sumber pendapatan sendiri bagi membantu suami tercinta menguruskan kewangan keluarga, saya tergerak hati untuk mengikuti kelas ini. Terus-terang, saya tidak ada kemahiran menulis. Malah semasa di bangku sekolah, subjek karangan adalah subjek yang paling lemah buat diri saya. Oleh itu, apabila menemui kelas seperti ini, saya tidak akan melepaskan peluang untuk belajar. Seperti kata guru saya semasa di sekolah dahulu, bakat dan kemahiran seseorang boleh diasah. Tidak selamanya kita akan terus tidak pandai dalam sesuatu kalau kita tidak berusaha untuk mempelajarinya.
Setelah beberapa siri perbincangan dibuat bersama Puan Masayu, saya akhirnya mendaftarkan diri untuk menjadi salah seorang pelajarnya. Ada 4 sebab utama mengapa saya tidak teragak-agak untuk mengikuti kelas ini:
1) Yuran yang dikenakan amat berpatutan (tidak terlalu mahal untuk dibayar);
2) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara online sememangnya sangat praktikal dan memudahkan sesiapa sahaja, terutamanya bagi orang-orang yang berkerja seperti saya;
3) Kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya kami mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan tugasan harian yang diberikan pada masa yang ditetapkan;
4) 'Murid' yang diambil pada setiap sesi adalah dalam saiz kumpulan yang kecil supaya setiap daripada kami dapat dibimbing 'one-to-one' supaya tidak ada diantara kami yang tercicir atau ketinggalan.
Saya sememangnya tidak boleh memberikan komitmen yang tinggi dan berterusan jika kelas yang dibuat wajib dihadiri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Faktor kerja dan masa bagi menguruskan anak-anak sendirian selepas waktu kerja amat membataskan saya daripada duduk di hadapan komputer setiap hari untuk mengikuti kelas. Jika kelas yang dibuat dijalankan hanya pada hujung minggu sahaja juga sukar untuk saya ikuti kerana pada masa itulah saya akan menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dan suami, berehat, mengemas rumah, pulang ke kampung, malah kadang-kala terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan kerja.
Alhamdulillah, saya tidak salah membuat pilihan untuk mengikuti kelas ini. Banyak tips dan ilmu penulisan yang saya pelajari melalui tugasan yang diberikan. Antara tips asas penulisan yang diajar kepada kami ialah:
1) Entri perlu ditulis setiap hari supaya idea lancar mengalir.
2) Konsisten menulis dan menyiapkan tugasan.
3) Banyakkan membaca dalam bidang genre kita supaya mudah memberi input baru dan kesegaran dalan penulisan kita.
4) Tulis dengan jiwa yang ikhlas supaya penulisan kita sampai ke hati pembaca.
Tugasan pertama, kami diberikan beberapa soalan analisis, dan daripada jawapan-jawapan kami itulah Puan Masayu akan memberikan tajuk blog yang bersesuaian mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Kemudiannya kami akan diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk menulis blog berdasarkan tajuk blog masing-masing. Dan disinilah keistimewaan kelas online ini, semua soalan dan jawapan daripada mentor dan mentee, serta nota dan tunjuk ajar daripada mentor, boleh diajukan dan diberikan pada bila-bila masa mengikut kelapangan kami semua. Entri juga boleh dibuat secara santai dan berperingkat, tiada tekanan langsung yang diberikan oleh mentor Puan Masayu di sepanjang kelas ini. Malah kami juga digalakkan untuk membantu rakan-rakan yang lain sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan blog, walaupun tajuk dan genre blog kami berbeza di antara satu sama lain.
Bagi saya, semua ilmu, tips dan tunjuk ajar, serta dorongan yang Puan Masayu berikan di sepanjang kelas ini melebihi daripada apa yang kami bayar. Banyak ilmu yang tidak ternilai yang dikongsikan beliau bersama kami. Tunjuk ajar tanpa jemu, serta tidak memaksa kami untuk menyiapkan semua tugasan pada masa yang tertentu, amat saya perlukan dan hargai. Malah apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat menyiapkan entri mereka secara konsisten membuatkan saya juga begitu bersemangat untuk menyiapkan semua tugasan walaupun ada menghadapi sedikit masalah yang menyebabkan saya terhenti seketika daripada menulis sewaktu di minggu pertama kelas.
Saya amat mengesyorkan kepada semua para pembaca yang ingin mempelajari teknik asas blog dan penulisan supaya menyertai kelas ini, kerana kita bukan sahaja mendapat ilmu dan bimbingan di dalam bidang penulisan, malah kita juga akan menghasilkan sebuah ebook dan juga sebuah buku di pengakhiran kelas ini. Ini bermakna, dipenghujung kelas ini, kita bukan sahaja mendapat kemahiran menulis, malah dapat menghasilkan sebuah ebook tulisan sendiri yang pertama, serta memperolehi semula modal yang dilaburkan melalui penjualan ebook tersebut.
Mudah-mudahan, ilmu, jasa dan bakti Puan Masayu mendidik kami melalui Kelas Asas Blog & Penulisan ini dapat memberikan impak yang besar ke dalam hidup kami selepas ini. In shaa Allah, semoga perjalanan kami di sepanjang kelas ini dipermudahkan dan berjaya mencapai matlamatnya. Amin...

Bertindak sekarang,
RM50 sahaja untuk dua ebook
Dua ebook di atas adalah ebook wajib baca,
www.janawangdirumah.com adalah persediaan asas manakala super wahm super mom bagaimana urus masa dan cabaran selepas bergelar wahm atau memiliki soho
Alhamdulillah, syukur, saya rasa satu penghormatan apabila TuanSunthara Segar, telah memberikan pandangan ikhlas tentag ebookwww.janawangdirumah.com
Ini pandangan beliau.
Saya percaya ebook ini harus dibaca oleh sesiapa sahaja tidak kira
lelaki perempuan, suami isteri, yang masih berbelah bahagi samada mahu
bekerja sendiri atau makan gaji. Bagi si suami walaupun anda tidak
berminat jana wang dari rumah, tetapi anda masih perlu memahami
tekanan yang bakal dihadapi oleh pasangan anda. Buku ini tidak
menceritakan prosedur, pengoperasian atau perincian model bisnes yang
bakal anda ceburi. Kalau berminat penulis ada menyediakan panduan
berasingan tentang bisnes butik dan bisnes salun. Dalam ebuk ini
beliau melakukan dua perkara yang lebih berkesan untuk mereka yang
masih mencari jawapan. Pertama memberi senarai kira-kira 200 jenis
perniagaan dalam beberapa kategori(ini saya kira sendiri) yang pernah
dilakukan perintis lain. Kedua pendedahan sebenar pengalaman bukan
satu, dua tetapi empat usahawan jana wang dari rumah. Anda pasti
merasa lega bila berkenalan dengan mereka kerana rupa-rupanya mereka
bukan dari kayangan tetapi manusia biasa seperti kita. Kesimpulan -
tak perlu lagi berdolak dalih,beli ebuk ini dan buat keputusan nak
"jom sekali" atau "belum lagi". Elak main terjah sahaja semata-mata
kerana rimas dengan persekitaran pejabat.
Sunthara Segar RFP, Sijil Perancangan Kewangan Islam, BEng (Hons) UKM
Penulis Buku-buku Kewangan , Pendidik Kemahiran Kewangan dan
Fasilitator Seminar Kewangan
www.suntharasegar.com
No comments:
Post a Comment