Teks: Nouri Jubli
Sumber: http://nourijubli.blogspot.com/
Saya mempunyai dua puteri comel yang masih kecil. Semasa anak pertama masih dalam kandungan, saya mengajar di sekolah menengah yang agak jauh dari tempat tinggal. Pada masa itu saya dan suami tinggal dengan ibubapa saya di kampung Sengkarai Tutong. Suami yang memang ada rumah sendiri menyuarakan untuk saya berpindah kerana risau dengan keadaan saya yang terpaksa memandu pulang balik sendiri ketempat kerja. Alhamdullilah tidak sampai beberapa bulan saya pindah ketempat lahir suami di Pekan Seria.
Sumber: http://nourijubli.blogspot.com/
Saya mempunyai dua puteri comel yang masih kecil. Semasa anak pertama masih dalam kandungan, saya mengajar di sekolah menengah yang agak jauh dari tempat tinggal. Pada masa itu saya dan suami tinggal dengan ibubapa saya di kampung Sengkarai Tutong. Suami yang memang ada rumah sendiri menyuarakan untuk saya berpindah kerana risau dengan keadaan saya yang terpaksa memandu pulang balik sendiri ketempat kerja. Alhamdullilah tidak sampai beberapa bulan saya pindah ketempat lahir suami di Pekan Seria.
Setelah anak sulung lahir, Fareshya, keadaan berubah. Saya tidak mempunyai pembantu rumah semasa bekerja. Seawal pagi, saya terpaksa bangun awal untuk menyediakan sarapan suami dan menyiapkan anak untuk dihantar ke ibu mertua yang tinggal berdekatan dengan kami. Suami adalah anak yang bungsu dari sepuluh adik beradik. Dia pernah berkata semasa dia bujang dan masih tinggal dengan maknya, rumah mak bagaikan taska. Bila abang-abang yang bekerja yang punya anak kecil akan dihantar seawal pagi untuk dijaga sementara oleh mak.
Sekarang sudah tiba giliran kami. Maka dalam masa itu kami pun mencari pembantu rumah dengan niat tidak mahu menyusahkan ibu mertua. Buat sementara waktu, saya terpaksalah juga hantar tempat mak. Setelah Fareshya sepuluh bulan, pembantu rumah yang dinantikan telah tiba. Itu pun selepas dua kali ditipu agen amah. Tidak sampai dua tahun bekerja, pembantu yang di harap buat hal. Dengan tidak berpuas hati terpaksa dihantar balik. Kami datangkan lagi pembantu rumah yang baru dengan harapan dapat menjaga Fareshya dan anak ke dua saya yang bakal lahir masa tu.
Alhamdulillah, tiga bulan sebelum anak kedua lahir, pembantu bekerja dengan baik. Tak lama kerja dia nak minta balik bulan Mei ini kerana hal peribadi. Kebetulan masa tu saya masih dalam cuti pantang anak kedua. Ya Allah dugaan kami dengan pembantu rumah! Saya menjadi susah hati. Kerja tidak lagi lama. Anak tidak ada orang tolong jaga bila kerja nanti.
Dari sana terdetik di hati nak jadi surirumah. Tambahan lagi ada terbaca tentang Ibu atau Isteri Yang Bekerja Dari Rumah (IBDR) dari majalah kesayangan Mingguan Wanita. Selepas beberapa hari saya google nak cari resipi mee jawa untuk suami makan tengah hari. Tidak semena-mena terlintas satu blog WAHM (working at home mom). Saya tertarik sangat dengan isi blog tu kisah IBDR. Teringat dengan artikel dari majalah mingguan wanita tu, saya cari balik muka surat tu nak kepastian. Betullah ini yang diperkatakan penulis artikel tu. Dari hari tu, saya baca tulisan Puan Masayu yang empunya blog tentang WAHM untuk mendapatkan motivasi and inspirasi saya.
Setelah saya baca beberapa post Puan Masayu, saya tidak teragak-agak membeli salah satu ebooknya, Jana Wang Dari Rumah. Memang banyak informasi yang berguna bagi yang ingin memulakan bisnis dari rumah. Niat mahu berdikari sendiri selain bersama-sama suami menambah pendapatan sekiranya saya tidak lagi berkerja. Sehingga pada satu masa, saya ada hantar mesej kepada Puan Masayu yang masih saya simpan.
Nak share, kenapa saya ada niat jadi WAHM, itu pun kalau sudi nak baca, hehehe. Saya sekarang cuti pantang 105 hari, bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah kerajaan. Dilema saya sekarang, anak sudah dua orang umur dua tahun dan seorang lagi 2 bulan. Tinggal 1 bulan lebih sudah mula kerja semula. Sekarang saya sangat seronok menjadi 'surirumah' sementara.
Dapat masak untuk keluarga, yang paling seronok dapat menyusukan sepenuhnya bayi. Yang sulung tak pernah mendapat penyusuan esklusif tapi bagi ebm sampai dua bulan sahaja. Kasihan. Saya ada pembantu rumah. Masalahnya dia akan tamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Belum habis kontrak dua tahun kerja dengan saya.
Saya mula ada pembantu rumah pada akhir tahun 2011 sampai sekarang. Dalam masa untuk mendapatkan pembantu rumah di sini bukan senang. sekali kena tipu, duit habis bayar tetapi pembantu tidak ada. Yang kedua habis bayar, kerja tak sampai 2 tahun saya hantar balik Indon sebah masalah sikap. Ambil lagi seorang yang masih kerja pada masa ini, bari 4 bulan dah nak balik Mei ini. Bayangkan dalam masa 3 tahun beribu dihabiskan, tetapi tak ada yang dapat saya harap sangat. Kasihan dengan anak. Selepas dia balik nanti, tidak tahu siapa nak jaga anak masa kerja nanti. Taska di sini jauh dari tempat kerja, mertua sudah berumur, mak bapa masih kerja, adik-adik sekolah, nenek saya sudah uzur. Suami pernah bersuara, kasihan dengan saya dan anak-anak. Tambahan, nanti apabila saya kerja lagi susah sebab saya mengajar 4 kelas tahun 11 yang akan menduduki peperiksanan O level tahun ini. Kelas tambahan memang banyak.
Sampai satu hari kebetulan baca Mingguan Wanita, ruangan mengurus kewangan tulisan tuan Sunthara Segar ada tulis tentang WAHM. Saya google, keluar blog akak, selepas baca tulisan akak, ingin tahu tentang WAHM, semakin kuat. Saya rasa inilah penyelesaian masalah saya. Tetapi saya ada sasaran mungkin saya mahu jadi WAHM pada tahun hadapan apabila sudah bersedia. Insya-Allah, mudahan ditetapkan hati ini.
Di atas adalah petikan dari surat saya kepada Puan Masayu. Bekerja sebagai guru dan surirumah memerlukan pengurusan masa yang teratur, disiplin diri dan komitmen yang tinggi. Dengan ada dua anak maka makin bertambah beban kerja. Anak-anak memerlukan kasih sayang setiap masa. Tidak tahanlah jika setiap hari makan air tangan orang di restoran dengan suami usai balik kerja. Orang berada lagi makan dirumah. Kesian suami jaga anak, kekadang saya tertidur kelelahan pulang kerja, sedangkan suami pun bekerja.
Sebelum saya kembali berkerja, saya ambil peluang ini untuk belajar membuat blog secara sambilan dengan tunjuk ajar Puan Masayu dan kawan-kawan yang awal belajar. Membayar untuk kelas belajar asas blog adalah satu pelaburan yang tidak merugikan bagi saya. Saya bersyukur ditemukan dengan para surirumah dan kawan-kawan yang memahami.
No comments:
Post a Comment