Alhamdulillah, siap sudah masak gulai ikan siakap dan ikan kering, semua saya masukkan satu periuk. Allahu Allah, rutin agak kelam kabut minggu ini. Namun beberapa pencapaian kecil, antaranya cover ebook protege sudah siap. Walaupun ebook pantang agak terbabas juga terbit secara rasmi, saya perlu konsisten semula untuk siapkan. Disebabkan emosi tengah celaru, jadi saya tangguhkan dulu dan pada masa yang sama belum berpuas hati dengan hasil suntingan.
Untuk bulan April ini
1. Yuran pendaftaran sudah dibuka, hari ini sudah ada pelajar baru mendaftar,
bagi kalian yang mahu dan teringin menulis dan punya ebook sendiri. Boleh daftar di sini ya
2. Bakal terbit juga dalam beberapa hari ini
Sudah ada yang mula membuat tempahan dan bayaran, alhamdulillah.
Saya sangat suka dengan jadual baru kini, kerana kelas online, dan produk digital ebook juga online. Tidak perlu susah payah untuk gerak sana sini, hanya perlu talian internet sahaja. Alhamdulillah. Juga pejabat skynet yang baru sangat dekat dengan saya, maksudnya bila-bila masa sahaja boleh pos barang. Juga dua pembantu saya semakin cekap, alhamdulillah. Untuk sampai ke tahap ini, memakan masa selama 4 tahun juga. Namun, saya percaya dengan setiap usaha yang gigik pasti ada manis dalam proses kita belajar, berusaha, bersungguh, mencari peluang, mengguna peluang. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment