Friday, April 26, 2013

Hidup hanya sekali, biar bererti

Teks : Aishah Hussein
Sumber: 

Hari ini barulah saya dapat menghabiskan bacaan ebook Super Wahm Super Mom.  Walaupun saya sendiri sudah memegang jawatan seorang WAHM sejak 2 minggu lalu, tetapi terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat.  Tiada ruang untuk saya selitkan bagi pembacaan ebook ini.  Alhamdulillah akhirnya Allah mengizinkan saya menamatkan pembacaan ebook ini.

Ingin saya memetik salah satu kegembiraan dan keseronokan bekerja dari rumah yang disenaraikan oleh penulis:

Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hidup hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan
perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.

Salah satu sebab kenapa saya berhenti kerja adalah untuk berada bersama-sama dengan anak-anak saya.  Ketika saya tekad untuk berhenti kerja, saya memang betul-betul berserah kepada Allah untuk menentukan pilihan saya.  Kerja sehingga usia 50tahun  pun tidak akan mendapat ganjaran yang kita inginkan.  Saya tidak mahu lagi melepaskan peluang untuk melayan anak-anak seperti peluang yang telah saya lepaskan sewaktu dengan anak sulung dulu.  Betul, mereka membesar hanya sekali dan saya rasa amat rindu untuk membelai anak sulung saya ketika beliau kecil dulu. Seperti wujud satu tidak kepuasan di dalam diri ini.

Sebelum saya mengenali penulis, saya memang pernah dengar perkataan WAHM dan SOHO.  Tetapi tidak tahu perbezaannya.  Setelah membaca ebook ini, barulah saya faham apa takrifan yang sebenarnya.

Ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bukan sahaja untuk suri rumah sepenuh masa tetapi juga untuk ibu-ibu yang bekerja.  Bagi wanita-wanita yang bercadang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah, memang elok membaca ebook ini untuk dijadikan panduan.  Sayangnya saya tidak diketemukan dengan ebook ini sebelum saya membuat keputusan untuk berhenti kerja.  Apa-apa pun, syukur masih belum terlambat untuk dijadikan panduan.

Di dalam ebook ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses urus masa dan tips urus rumahtangga.  Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk bersembang dan menonton tv.  Tanpa pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai. 

Saya sendiri juga sudah melaluinya.  Walaupun masih baru bergelar WAHM, saya sudah  rasa seperti masa 24 jam itu tidak cukup buat saya.  Masa mula-mula berhenti kerja, semua kerja di rumah saya rasa saya perlu untuk selesaikan.  Mula rasa stress mana satu nak buat ni.  Dengan kain sampai 2 bakul tidak berlipat, masa untuk masak lagi, masa untuk selesaikan kerja online.  Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah mula boleh selesaikan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.

Saya mulakan dengan bangun lebih awal dan selesaikan persiapan untuk anak-anak seperti biasa.  Setelah mereka semua sudah pergi ke sekolah dan pejabat, saya akan berehat dan selesaikan dulu urusan saya dengan Allah. Kemudian barulah saya selesaikan tugas di rumah dan sambung dengan tugasan online saya. 

Tidak dinafikan juga bekerja sendiri ini kita dapat menyusun jadual kita sendiri.  Tetapi semangat kena kuat untuk disiplinkan diri.

Secara keseluruhannya ebook Super Wahm Super Mom ini amat sesuai dimiliki oleh semua wanita yang bekerja di pejabat mahupun di rumah.

Dapatkan set e-iqra berlajar quran dan tajwid di sini http://e-iqra-belajarqurandantajwid.blogspot.com/

Rancang bekerja di rumah di sini www.janawangdirumah.com

Cabaran bekerja di rumah, perkongsian di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Mahu belajar asas blog dan siapkan ebook, daftar di sini ya http://belajarasasblog.blogspot.com/


Mula bisnes butik online/offline, keterangannya pula di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin