Sunday, April 7, 2013

Telekung usang, kasih sayang tiada sempadan

Teks: Masayu Ahmad

10 slot iklan dibuka, hubungi saya pn.masayu@gmai.com

Banyak kali saya menulis tentang ini, tetapi banyak kali pula lupa. Banyak kali apabila saya dalam perjalanan ke mana-mana hati juga singgah rumah-rumah lama, rumah tinggalan. Begitu juga apabila teringat masa momen-momen usia kanak-kanak. Keriuk bunyi pintu rumah nenek tergiang-ngiang. Saya melihat kisah usia itu, buka pintu keriuk, tutup pintu juga bunyi yang sama. Terbentang di depan mata, suasana laman depan, ruang tamu, ruang dapur, bilik air, juga bilik tempat beradu. Masih terbayang-bayang ketika ini.

Naluri ini semulajadi. Juga apabila balik ke rumah ayah, telekung usang arwah mek juga saya gunakan. Ia melekat aroma rindu pada arwah. Melihat juga riak wajah tua ayah yang makin lama makin lanjut usia. Makin lama sudah sedikit masa yang ada. Allahu Allah. Juga melihat dua wajah di depan mata bonda mertua juga ayah mertua, mereka juga semakin usianya tidak lama.

Beberapa minggu ini banyak majlis tahlis di masjid. Suami bawa pulang dua tiga bungkus nasi. Juga balik kampung saya beberapa hari lepas, juga ramai yang sudah kembali. Allahu Allah. Masa amat pantas, saya masih lagi kekal dengan pendirian kembangkan bisnes dari rumah sahaja. Dengan niat lebih ramai mengikut jejak saya ini. Usia kita tidak lama, juga akan kembali seperti mereka. Kita tidak tahu siapa yang pergi dahulu, tua atau muda. Allah ya Allah, jangan ditamatkan usia, sebelum bekal belum cukup. Saya sangat takut.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin