Sunday, April 21, 2013

catatan isteri, anak dan ibu

Teks: Masayu Ahmad
Mana satu tugas dan amanah yang paling utama.

1. Allah
2. Suami
3. Ibu bapa
4. Kedua mertua
5. Anak-anak

Besarnya amanah, bak pesanan ilmuan, dunia bukan tempat berehat, dunia adalah tempah kita berjuang untuk bersenang-senang di hari kemudian. Itu pun sekiranya boleh bersenang-senang. Syurga it mahal harganya, sebab itu jugalah perjalanan ke sana juga mahal, hanya orang yang mampu pilih dan layak sahaja yang terpilih. Ibaratnya setiap kali mahu meletakkan kepala untuk rehlah, satu persatu datang. Mana yang belum selesai yang perlu diselesaikan segera, mana yang akan datang yang perlu dijaga dan diusahakan juga.

Allahu Allah

Terima kasih Allah atas peluang dan kasih sayang. Jadilah aku anak yang soleh, anak yang beriman. Jadikan aku anak yang sabar, isteri yang taat, ibu yang bijaksana.

Allahu Allah
Ampunilah segala dosa, permudahkanlah segala urusan.

Setiap kali menyarung telekung usang, segera ingata terus melayan momen-momen kenangan. Itulah emosi dan perasaan. Dulu kita kanak-kanak, berada dalam alam riang ria, beralih remaja dan dewasa. Kini usia kian meningkah dan orang tua di depan kita adalah gambaran kita pada masa depan. Sama ada, kita sempat tua, atau ajal dahulu yang datang.

Meminjam kata seorang ustaz dalam siaran tv9 rancangan Tanyalah Ustaz. Sebagai ibu bapa kita jangan sesekali meletakkan harapan kepada anak-anak, kelak nanti kita kecewa.

Ayat di atas tersimpan kemas dalam fikiran saya.Ya, benar sekali. Harapnya kita mati dalam iman, kita tua dalam iman, bukan tua yang nyanyuk dan merapu-rapu.

Allahu Allah
Jadikan aku anak yang soleh, isteri yang solehah ibu yang berhemah.













No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin