Thursday, April 4, 2013

Ebook sulung dari protege sulung, alhamdulillah bakal terbit! ;)

Tesk: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, jam sudah 12.19 pagi, anak-anak sudah nyenyak tidur. Saya masih belum tidur penangan kopi petang tadi. Jadi bangun untuk melangsaikan tugas.

Ya, bakal terbit inilah hasil dan insya-allah bakal terbit. Ebook sulung protege yang sulung, kurang dari tempoh sebulan, beliau berlari dengan begitu pantas sekali. Kalian boleh jengah blog beliau ya. Blog Fatin Farhana, tips jahitan.


Ulasan Fatin
Alhamdulillah, syukur kepadamu YaAllah, akhirnya ebook Mula Bisnes Jahitan, hasil pembelajaran Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad [Kak Mas] bakal siap dan akan diterbitkan tidak lama lagi.
Rasa seperti bermimpi.
Hampir sebulan menimba ilmu tentang asas blog serta teknik penulisan selama 44 hari ini, membuahkan hasil.Sedari kecil sering juga termimpi-mimpi ingin menjadi seorang penulis dan juga menerbitkan buku sendiri. Kini akhirnya bakal menjadi kenyataan.
Selepas dimaklumkan ebook saya hampir siap,tersenyum serta berbunga hati ini, dan sekarang saya hanya perlu menyiapkan tugasan yang diberikan setiap hari.
Tidak sia-sia segala usaha serta masa yang telah saya peruntukkan, ditambah pula dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada Kak Mas mentor saya, juga tidak dilupakan kepada Alumni Penulis Dari Rumah yang tidak pernah jemu berkongsi idea serta ilmu yang amat berguna bagi diri ini.
Insya Allah, dengan terbitnya ebook ini, akan bercambahnya maklumat berkaitan dunia jahitan, juga dapat diterapkan di dalam diri masyarakat, dengan sumber inspirasi yang dikongsikan oleh para usahawan di luar sana.
Apa maklumat yang terkandung di dalam ebook Mula Bisnes Jahitan saya yang bakal terbit ini? Nantikan kemunculannya  :). 
Sumber:  http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/


Ulasan Fatin tentang Kelas Asas Blog & Penulisan, untuk daftar, boleh ke sini ya http://belajarasasblog.blogspot.com/


Blog? Tidak pernah terlintas difikiran untuk membuat blog dan tidak pernah sedar, yang sebenarnya, setiap hari saya mencari maklumat serta membaca perkongsian masyarakat di internet itu, rupa-rupanya, blog namanya.

Setelah mengetahui fungsi serta kelebihan blog, apabila Belajar Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad, gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Tidak pernah disangka-sangka yang saya akan terlibat dengan pembuatan blog ini.

Pada suatu hari, saya membelek-belek akhbar Utusan, bahagian Gaya Hidup Keluarga Moden [mode] bertarikh 14.02.2013, akhbar itu telah menjadi koleksi terbaru saya. Tiba-tiba mata saya tertumpu pada tajuk Panduan ibu bekerja dari rumah. Saya memang peka jika ada cerita tentang wanita didalam akhbar.

Dengan fokus dan terujanya saya membaca, terus cari di internet Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO), ketika itu saya belum tahu linknya, lagi bertambah teruja apabila gambar blog di akhbar itu terpampang di skrin komputer, waktu itu juga saya Bookmark dan mencari lagi, tentang pengasas blog tersebut Puan Masayu Ahmad. Selepas membaca beberapa entri dalam blog beliau, di sudut kanan blog terdapat link facebook beliau. Kerana perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang beliau, saya jadikan kawan.

Tidak disangka-sangka pula, saya terlihat post beliau tentang Kelas Belajar Asas Blog, setelah PM dan membuat bayaran, pada hari itu juga kelas bermula. Ya Allah, teruja yang melampau saya pada waktu itu. Alhamdulillah, Puan Masayu Ahmad dikenali sebagai kak Mas, telah mengajar saya dari A-Z tentang asas blog, apa sahaja pertanyaan yang diajukan, segera dijawab, dari tidak faham langsung, sehinggalah saya faham penggunaan blog ini. Yuran yang dikenakan amat berpatutan, tidak ternilai ilmu dan masa yang dicurahkan, dengan wang ringgit.

Belum pun sampai sebulan berguru dengan kak Mas, pelbagai ilmu baru yang telah saya perolehi. Bukan sahaja saya tahu tentang blog, malah pencarian gambar, maklumat untuk entri, link-link yang berkenaan, serta hobi-hobi saya yang telah lama dilupakan telah pun dihidupkan kembali, seperti membaca, mengkaji, menulis, dan banyak lagi. Minda semakin kreatif, semangat ingin berjaya membuak-buak. Selain itu yang gembiranya, sesama rakan blog juga, dapat saya belajar perkara baru daripada mereka, pengalaman mereka  menjadi motivasi dan sumber rujukan bagi saya.

Seronok sebenarnya belajar beramai-ramai, dan belajar di alam maya ini. Tidak perlu berkejar-kejar, tidak membuang masa, setiap masa terluang saya, akan diisikan dengan pencarian maklumat dan banyak pembacaan.


Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar bagi anak muda yang tiada pengalaman dalam penulisan, saya cuba dan terus mencuba, belajar terus menerus bersama guru yang tidak pernah jemu dengan pertanyaan saya, yang bagi saya amat sukar untuk berkenalan serta berguru seperti beliau pada masa kini.

Terima kasih yang tidak terkira kepada kak Mas kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika kita lihat, blog memang mudah dibina dan sesiapa pun mampu membuat blog, tetapi untuk mencipta blog yang menarik serta berpengaruh amat sukar jika tiada guru untuk membimbing, bila-bila masa sahaja kita akan ketandusan idea, serta tidak fokus dan akhirnya, blog itu akan terbiar sahaja tanpa entri baru serta penambahbaikan. Banyak juga blog-blog yang saya lawati, terhenti sekerat jalan.

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat blog yang berpengaruh, dan idea yang tidak putus-putus untuk menulis, carilah guru yang boleh dan ingin membimbing kita. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.


Siapa yang layak untuk belajar?

Sesiapa pun boleh.
-Mahu belajar asas penulisan
-Mahu jadikan blog sebagai ruang untuk pemasaran online
-Mahu menghasilkan ebook
-Memindahkan hasil blog sedia ada kepada sebuah ebook
-Mahu menghasilkan ebook dalam tempoh kurang 100 hari
-Mahu menghasilkan blog berpengaruh

Boleh baca lagi keterangan lanjut di sini



2 comments:

Nouri said...

Waah teruja tengok Fatin bakal terbit ebook. Makin semangat laa.. btw, tahniah Fatin dan kak Mas.

Ummi Hanie said...

Salam,

tahniah utk protege juga mentornya... :)

apa kriteria utk jadi protege kak masayu? ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin