Sunday, April 14, 2013

Kelansungan bekerja dari rumah-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

pakej asas bekerja dari rumah
persediaan sebelum bekerja dari rumah beli di sin ya www.janawangdirumah.com
tips kelangsungan bekerja di rumah beli di sini pula http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Alhamdulillah, kemabali kepada rutin biasa. Ayah suda sihat nampaknya. Hari ini bawa ke hospital untuk rawatan susulan. Hakim bersekolah seperti biasa. Memandangkan en.suami ke Terangganu atas urusan kerja saya terpaksa pulang, mujur kakak ada mengantikan saya untuk menjaga ayah.

Apa matlamat kita bekerja dari rumah

Salah satunya kita lebih dekat dengan orang tua. Ini yang saya senaraikan sebelum saya beria-ia mahu berhenti kerja dahulu. Sekurang-kurangnya apabila sakit demam, kita ada dekat dan boleh bersegera.

Terdapat beberapa cara untuk penjagaan orang tua

1. Ada beberapa pondok tahfiz yang menyediakan ruang untuk orang tua. Maksudnya sesekali boleh hantar ke sini, sambil mendalami ilmu agama ibu bapa kita juga boleh berjumpa kawan-kawan baru yang berusia emas. Di sini banyak yang sudah pencen, kesunyian, tetapi masih boleh meneruskan aktiviti motivasi, ceramah agama, dan sebagainya. Juga ada aktiviti qiamullail.

2. Program mengaji warga emas. Banyak pilihan kini contoh al-baghdadi, maksudny kelas quran dan agama untuk pengisian pada hari-hari terntentu.

3. Contoh lain bagi anak-anak yang sibuk, boleh mengupa pembantu rumah. Maksudnya pembantu di kalangan orang tempatan. Pergi pagi dan selesai semua urusan boleh boleh balik. Ini contoh sepupu saya yang mengambil pembantu di kalangan orang kampung sahaja. Ibu tidak buat apa-apa kerja kerana kerja mengemas, memasak semua sudah diserahkan kepada pembantu rumah. Ini contoh yang baik, kerana walaupun anak berada jauh, tetapi kebajikan masih terjaga.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin