Teks : Nur Baiti Mohd Hanaffiah.
Sumber:
http://nurbaitimohdhanaffiah.blogspot.com/
Tentang blog..
Alhamdulillah, segala puji itu hanya layak untuk Allah swt, Tuhan dan Pengatur sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad sallallahu 'Alaihi Wassalam, keluarga dan sahabat baginda..
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.. suami dan anak-anak sedang lena beradu. Di kala ini saya sedang gagahkan diri untuk menulis entri pertama khas blog, istimewa buat pembaca di luar sana..
beginilah rutin harian saya sebagai seorang isteri, ibu dan guru buat anak-anak. Kami adalah keluarga yang mengguna pakai konsep homeschool dalam pembelajaran akademik anak-anak. Homeschool atau dikenali sebagai sekolah di rumah @ tidak belajar di sekolah seperti kanak-kanak lainnya.
mungkin ada pembaca yang telah mengenali diri saya melalui dua blog saya sebelum ini iaitu otakhijauhomeschool.blogspot.com dan cahayarumahku.com. blog pertama dah ditutup untuk memberi tumpuan pada weblog cahayarumahku. justeru mengapa perlu ada blog ini pula?
Sejujurnya, blog ini dibangunkan untuk memandu saya menghasilkan sebuah ebook khas untuk membicarakan mengenai Homeschool.Sejak tahun 2008, saat blog pertama dibuka kepada umum, ramai yang bertanya mengenai homeschool. bagaimana kami melakukannya, peruntukan undang-undang, silibus, sikap, masa depan dan lain-lain hinggakan saya merancang untuk menyudahkan sebuah ebook yang memuatkan serba sedikit maklumat dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama. pada tahun 2011, ebook tu berjaya saya gerakkan sehingga 50%. namun terbengkalai sehingga ke hari ini atas pelbagai faktor..
mudah-mudahan dengan tunjukajar dan sokongan daripada kak Masayu Ahmad dan kawan-kawan alumni penulis dari rumah, saya akan lebih berdisplin dan bersemangat untuk menampilkan coretan buat semua pembaca.Insya Allah.

No comments:
Post a Comment