Monday, April 22, 2013

Kini bergelar soho Fatin Farhana

Sumber: http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/

Teks : Fatin Farhana Kamarudin

Assalamualaikum w.b.t

Eh! saya kini sudah bergelar wahm la, ada soho pula tu. Apa itu wahm dan soho? Wahm ialah work at home mom dan soho pula small office home office. Dari mana saya tahu maksud perkataan itu? Saya baca daripada ebook super wahm super mom di bawah ini.


Pasti ada yang tertanya-tanya, "belum berkahwin sudah bergelar wahm?", jawapannya sudah saya jelaskan pada entri yang terawal iaitu pada entri pengenalan juga entri rutin harian [24.4.2013].

Sesi pembelajaran asas blog serta penulisan bersama Puan Masayu Ahmad, juga rakan-rakan alumni penulis dari rumah banyak membantu saya dalam melaksanakan segala perancangan mahupun dalam mengapai cita-cita serta impian yang sudah lama ingin saya laksanakan.



  

Allah Maha Adil lagi Maha Memberi, jika kita meminta dan berusaha pasti mendapat hasilnya, cuma cepat ataupun lambat. Istiqamah dan bersabar itu penting, dan jangan lupa bersyukur setelah mendapat apa yang telah kita hajatkan.

Kini apa yang saya impikan semakin jelas dan membuahkan hasil, semoga segala-galanya dipermudahkan oleh Allah dan semoga perkongsian di dalam blog serta ebook saya, dapat dijadikan panduan buat masyarakat, aminn.



Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan dorongan, panduan, idea, pendapat, kritikan dan banyak lagi. Jika tiada bantuan daripada hamba-hamba Allah ini, tidak mungkin blog saya dapat ditulis sehingga kini dan ebook mula bisnes jahitan akan terhasil. Alhamdulillah dan terima kasih semua.


   Berbalik kepada cerita asal mengapa saya kini bergelar wahm, adalah kerana saya telah berjaya melawan sifat yang amat sukar dan ada dalam diri ini, iaitu kalah pada keadaan sekeliling. Kini masa saya lebih terurus, kerja berat, ringan, susah dan senang, dapat dilakukan serentak tanpa mengganggu kerja-kerja penulisan ebook serta menjadi pembantu kelas belajar asas blog ini.











Seronoknya!, sudahlah bergelar wahm, kini sudah pula mempunyai office kecil di rumah ataupun dikenali sebagai soho. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembira dan tenangnya hati ini apabila berjaya melaksanakan perkara-perkara yang tidak semua orang mampu lakukannya.

Tetapi apa-apa pun, tiada yang mustahil untuk kita mencapainya. Doa, usaha dan tawakal, itulah kata-kata yang sering kita dengar, dan bukan hanya setakat dengar, perlu diamalkan.

Selamat berusaha.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin