Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Jumaat, aduhai sudah tengahari. Hari ini bangun sudah pagi, si kecil Arissa tidak pula seperti selalu. Biasanya jam lapan usai menyusu saya akan mandikan dan kemudian dia akan tidur semula.Hari ini tidak sebagaimana biasa, sekarang jam sudah tengahari baru saya boleh duduk di meja kerja. Si kecil sudah tahu, mahu lama-lama digomol ibu.
Hakim lusa baru pulang, biasanya rutin pagi Jumaat, saya yang akan masak sarapan, mertua akan ke pasar pagi 'padang lepa' (nama tempat). Biasanya menu Jumaat lebih istimewa, mesti ada hidangan kerabu dan sup tulang.
Inilah menariknya jika berada bersama orang tua, menu masakan air tangan. Jika saya sibuk anak-anak masih kekenyangan. Kerana mereka selalu dilayan mok (panggilan kepada nenek), terutamanya Aiman. Samana mahu makan mangga, minum teh o, Aiman ditemani mok. Aiman, Aiman.
Juga ada ruang juga bergilir melihat Arissa, Arissa diam sahaja, asalkan ada orang di sebelah. Saling lengkap-melengkapi, sementara hari masih ada. ;D
No comments:
Post a Comment