Tuesday, June 7, 2011

Satu hari lagi hari penuh tenaga

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, satu hari lagi penuh tenaga. Saya kembali untuk menguatkan semangat, memulakan jadual baru. Sebaik-baik disiplin ialah konsisten untuk temph 44 hari. Saya kembali semula untuk mendaki dan mendaki, menyelesaikan manuskrip demi manuskrip.

Pagi ini bersarapan dengan bihun goreng, teh o panas dan juga karipap untuk kanak-kanak riang. Hakim tidak ada di rumah, mengikut emak saudara yang tinggal di Besut. Seminggu di rumah tok ayah dan bersambung pula cuti di rumah emak saudarannya. Bacaannya semakin lancar. Saya masih meninjau guru mengaji, mungking menghantar Arif dan Hakim serentak. Jimat masa.

Tahun hadapan juga Hakim ke sekolah, Aiman 4 tahun dan Arif 5 tahun akan ke tadika. Hanya saya dan Arissa sahaja di rumah. Makanya bermula jam 4 pagi hinngga 3 petang saya perlu menggunakan masa yang ada dengan penuh disiplin. Selepas jam 3 akan menumpukan perhatian kepada anak-anak.

Juga mensasarkan projek x dan y dapat dilaksankan Janurai 2012. Insya-Allah. Pertarungan saya kini adalah berbaki lima bulan dan 22 hari (termasuk bulan ini). Maksudnya tidak boleh main-main. Pertarungan masa dan juga disiplin agar menyiapkan kerja.

Sepatutnya projek x sudah bermula, tetapi masih ada kekangan, jadi saya akan tetapkan semula pada Januari 2012 dan jika ada rezeki projek y juga akan bermula. Doakan saya.

Selain itu, tahun ini mensasarkan kadar menyiapkan lebih banyak buku, sasarannya tinggi. Jadi saya masih lagi mendaki dan mendaki untuk menawan puncak. Masih lagi jauh, kelihatan samar-samar, berbukit, jurang dalam, sungai yang mengalir, semak samun hutan. Tetapi laluannya sudah ada, saya perlu gagahkan diri, fizikal dan mental menyelesaikan semua manuskrip yang sudah dirancang tahun lepas dan kemas kini semula awal tahun. Insya-Allah, semoga akan sampi garis penamat dengan sempurna dan puncak dapat saya tawan tepat masanya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin