Teks: Masayu Ahmad
Foto: Tanisha Vesudavan
Satu lagi hari indah untuk dinikmati. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya juga urusan pembaca budiaman. Alhamdulillah, 20 muka surat berjaya disunting pagi ini. Sambil bertukar jersi, menyusu Arissa dan kemudian menyambung suntingan.
Indah sungguh pagi ini. Daun-daun nampak segar, titisan hujan terlekat molek pada kelopak. Dinihari yang mendamaikan, bersama unggas yang sesekali menyapa.
rek, rek, rekk, bunyi cengkerik. Berselang seli dengan bunyi deru kereta. Jam sudah menginjam 8.11 pagi, bersamaan 27 Jun 2011. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini. Jadikanlah segala ujian kecil pada hari ini sebagai satu anugerah yang datang bersama hikmah yang tiada nilai untuk kejayaan pada masa hadapan. Ya Allah sesungguhnya aku meletakkan Engkau di hadapanku, atas segala kesyukuran, cabaran dan proses pendakian yang kadangkala perlu menempuhi banyak cabaran yang tidak diduga.
Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam. Semoga hari ini lebih banyak ilmu yang diserap, lebih banyak amal yang ada penambahbaikan, lebih konsisten dalam menguruskan apa-apa sahaja urusan yang akan menjadikan diri ini lebih baik setiap masa dan ketika.
Semoga juga menjadi isteri dan muslimah yang terbaik. Sentiasa memandang ke bawah, bersama arus pendakian ilmu dan semangat yang tidak pernah padam.
Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/
No comments:
Post a Comment