Sudah lapan pagi, lihat lagi 8.30, sekjap 9 pagi kini sudah 9.42 pagi bersamaan 29 Jun 2011. Masa terus bergerak dengan konsisten. Biar ia sedetik-sedetik, lama-lama sudah suku, setengah, sudah satu jam. Pagi, tengahari, petang, malam, dinihari, pagi semula. Mari ambil iktibar daripada masa
Sifat masa tidak bertangguh, terus bergerak. Ia tidak berhenti rehat, tetapi terus menerus berjalan dalam satu pusingan. Selesai satu pusingan, bergerak lagi. Tiada istilah penat, mahu rehat.
Masa tidak bising. Hanya bising apabila ia dijadikan sebagai satu alat, supaya berbunyi dan berdering, agar manusia disedarkan. Ia tahu akan tugas, terus bertugas walau hujan, ribut, tsunami sekalipun.
Mari kita serap dan jadikan iktibar, terus bergerak dan tidak bertangguh untuk menyelesaikan matlamat. Boleh berehat kerana kita sudah fitrah manusia, perlu rehat dan kemudian menyambung semula perjuangan. Rahat pula tidak berlebih-lebih, melepak tidak tentu fasal, asyik berangan tetapi satu kerja pun belum selesai. Jika lihat orang yang berjaya sentiasa sibuk dan masih mampu mengurus masa dengan baik.
Salam kasih sayang, dapatkan ebook panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/
Saya sudah, anda bila lagi? Buatlah persediaan dari sekarang!
No comments:
Post a Comment