Sunday, June 12, 2011

Mengapa perlunya wanita berada di rumah?

Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah


Dilahirkan sebagai wanita, anda adalah insan terpilih untuk mengambil peranan dan nadi dalam institusi kekeluargaan. Lemah nadi, maka lemahlah institusi secara keseluruhan.

Berdasarkan kepada perkembangan status pendidikan yang semakin baik, wanita kini mempunyai pilihan untuk bekerja bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Namun peranan wanita di rumah tidak boleh dipandang ringan. Mendidik anak-anak tidak semudah melakar corak menggunakan pensel warna di atas kanvas. Wanita yang bergelar isteri saharusnya mempunyai ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu moden untuk memastikan generasi yang dilahirkan boleh dididik dengan acuan yang sepatutnya.

Tugas mendidik bukan semudah mengupah seorang pembantu rumah, bukan sekadar menghantar ke rumah pengasuh atau membayar upah kepada pusat penjagaan kanak-kanak. Segalanya bermula dari rumah. Memilih mejadi suri rumah tangga berhemah bukan sekadar menjaga hal ehwal pengurusan rumah tangga, tetapi perlu mempunyai ilmu bagi mendidik generasi masa hadapan yang lebih berkualiti.

Kini dengan kemajuan teknologi maklumat, wanita perlu mengambil peluang untuk kembali beradai di rumah tetapi masih boleh menjana pendapatan.

Jika diimbas kembali pekerjaan wanita pada zaman nabi dahulu, kebanyakan wanita tidak bekerja di luar rumah. Sekiranya memilih bekerja pilihan yang baik adalah bekerja di sekitar rumah sahaja.

Doktor wanita Islam yang pertama ialah Rufadyah Al-Islamiyah. Nabi Muhammad S.A.W menyediakan khemah khas untuk merawat pejuang-pejuang Islam yang tercedera semasa Perang Khandak. Contoh yang lain ialah Ummu Atiyah yang bertugas merawat askar yang cedera di medan perang, menyediakan makanan untuk askar-askar Islam dan juga megurus jenazah wanita Islam di Madinah. Tugas mereka sangat penting dan keperluan 'tugas khas' yang memerlukan khidmat mereka.

Peredaran zaman membawa pengaruh yang begitu memberangsangkan dan memberi tarikan kepada wanita untuk membina kerjaya di luar rumah. Kadangkala dengan pengaruh dunia luar mendorong wanita tidak mampu mengawal pergaulan tanpa batas dan juga pengaruh berbelanja, bergaya, status 'ketua' di pejabat terbawa-bawa sehingga ke rumah.

Sekiranya wanita yakin dapat menjaga aurat, pergaulan dan tuntutan ekonomi mendesak, memilih bekerja di luar rumah adalah pilihan untuk membantu ekonomi keluarga. Namun keperluan wanita kembali berada di rumah adalah satu usaha untuk mengembalikan peranan wanita mendidik anak-anak dan membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin parha, penderaan kanak-kanak, juga mengembalikan keharmonian Rumahku Syurgaku.

Terbitnya buku ini, agar boleh berkongsi dan memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang mencari panduan untuk menambah pendapatan dari rumah. Justeru persediaan awal adalah perlu. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada buku Jana RM Dari Rumah.

Dapatkan buku ini sekarang!

1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3

3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:
http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin