Thursday, June 9, 2011

Lajunya masa bergerak!

Teks: Masayu Ahmad

Aduhai sungguh pantas masa bergerak, rasa tercungap-cungap ditinggalkan. Apa yang penting sekarang saya perlu fokus dengan trek yang ada. Fokus, fokus, fokus, jangan berpaling lagi ke belakang, teruskan sahaja perjalanan. Jika penat berhenti rehat seketika. Sambung lagi ketika bertenaga. Semangat sekarang meluap-luap untuk menyudahkan manuskrip.

Saya dapat merasakan minggu ini, anak-anak begitu baik hati. Banyak memberikan bantuan mudah. Hanya Aiman sahaja kadangkala yang banyak menguji sabar saya. Arissa sungguh mudah menjaganya. Tinggal lagi 5 bulan 20 hari. Saya mahu mengira masa. Biar saya tahu pergerakan hari, agar mudah menjejaki apa yang sudah diselesaikan.

Beberapa hari lagi cuti sekolah sudah tamat. Alhamdulillah, fikiran saya sekarang mahu Hakim cepat khatam al-quran. Sepatutnya mahu dia lancar quran dahulu sebelum lancar membaca. Sebaliknya pula berlaku. Tidak apa saya akan cuba pula untuk Arif, Aiman dan Arissa. Sudah tentunya saya mahukan Arissa menjadi seorang hafizah, juga mengajar al-quran sebagai karier utama. Juga akan saya perturunkan agar Arissa menguasai penulisan sebagai mana saya. Saya masih banyak kurang ilmunya. Agarnya nanti Arissa boleh menulis dan menyampaikan dakwah berterusan melalui penulisan. Insya-Allah. Juga akan meneruskan impian murni arwah nenek yang tidak kesampaian.

Ini kata-kata arwah yang masih kemas dalam kotak fikiran.


Ya, arwah emak terpaksa melupakan hasrat menyambung pelajaran kerana pada masa dahulu menyambung pelajaran, tambahan pula jauh tidak digalakkan. Arwah menerima sahaja arahan nenek, yang menjaga ramai cucu, kebanyakannya adalah anak yatim. Ya bukan seorang tetapi beberapa orang. Menjaga anak saudara yang kecil. Kerana arwah emak adalah anak yang bongsu. Kedai usang yang dahulunya adalah tempat berniaga, dijadikan sebagai tempat mengajar mengaji budak-budak kampung. Ia kini hanya sekadar memori. Al-Fatihah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin