Saturday, June 25, 2011

Usai Subuh mentari menyinar

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Tanisha Vesudavan

Sinar mentari pagi, sudah mula menerangi alam. Matahari sudah menjelma, memberi isyarat bahawa sudah masanya hari terang. Masanya untuk berjuang. Masanya untuk bangkit dari lena yang panjang. Masanya juga menyelak gebar yang enak, lalu melangkah gagah untuk teruskan amanah hari ini. Jadilah sebagaimana matahari tidak pernah merungut keletihan. Apabila tiba masanya untuk bertugas, ia kembali pada waktu pagi memulakan tugas dan terbenam semula apabila selesai.

Pagi adalah waktu paling produktif menyelesaikan tugas. Tugas sebagai suri rumah hampir selesai, apabila menyusu si kecil, memandi, menyuap dan mendodoikan kembali di dalam buaian. Kain di jemuran telah selesai, masih ada lagi satu bakul penuh, dek kerana dua hari tidak mendobi. Menjemur tilam nipis, kerana abang Hakim 'terkucil' buat sekian kalinya. Saya sudah menyelamatkan tilam tebal kerana sudah menghampar 'cadar alas khas kalis air', kerana buasnya Hakim, terkena pula tilam sebelah. Aduhai anakanda memang sungguh-sungguh mahu ibu membakar seberapa banyak kalori pada waktu pagi.

Kini jam 8.41 pagi, bersamaan Ahad 26 Jun 2011, saya kembali menyarung jersi 'WAHM' duduk sebentar meneruskan untuk menyunting manuskrip. Sebentar lagi saya mahu sarapan. Saya kini mengambil sarapan yang agak berat juga pada waktu pagi iaitu nasi, kemudian akan berkejaran semula dengan tugas 'SAHM' kemudian bertukar semula sebagai 'WAHM'. Biasanya jam 4 petang barulah lega semula, dan ketika itulah Arissa sudah kembali tidur petang, saya baru boleh menjamah hidangan tengahari. Oleh kerana sudah mengambil makan berat waktu pagi, jadi ia sangat perlu bagi saya yang menyusu badan. Saya suka apabila berpeluh-peluh menyelesaikan kerja rumah, itu tandanya saya sedang bersenam sambil mengemas rumah. Untuk Zohor dan Asar saya akan mandi dahulu. Sudah tentu badan kembali segar dan bertenaga.

Saya mahu sarapan dahulu, pagi ini ada daging goreng kunyit air tangan mertua. Menantu ratu sudah lapar dan mahu tambah tenaga, hehe.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/- Klik di sini jika mahu bersantai di rumah sambil bekerja ya. ;D

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin