Foto: Tanisha Vesudavan
Pejam celik-pejam celik hari ini sudah 30 Jun 2011, saya belum habis lagi mendaki, tetapi catatan masa untuk bulan ini sudah hampir tamat. Apa yang perlu saya buat? Bertenang, dan teruskan pendakian seperti biasa sehingga sampai puncak. Dan mula semula mendaki bukit yang lain. Tidak mengapa jika lambat, tetapi saya perlu selesaikan juga. Ada dua kemungkinan saya perlu pecut dan segera tamatkan larian, atau teruskan seperti biasa walaupun perlahan tetapi konsisten.
Dalam perlumbaan arnab dan kura-kura, arnab memecut dengan laju, dengan kata lain dia terlampau yakin dapat menyudahkan dengan mudah. Jadi si arnah berehat sebentar, dengan anggapan bahawa si kura-kura tidak akan berjaya.
Kura-kura tidak pernah erti putus asa, teruskan juga, walaupun perlahan-lahan ia tetap maju ke depan. Lama-kelamaan dia maju ke depan, bukan sahaja sampai, malah dapat pula mengalahkan si arnab yang bongkak dan terlalu yakin diri.Konsisten itu perlu, usaha juga perlu, sabar dan terus bergerak juga perlu. Apa yang tidak perlu dalam kisah tauladan ini ialah jangan terlalu memandang rendah pada orang lain. Begitu juga dalam bisnes, jangan memandang enten kepada pesaing, mungkin dalam diam, pesaing sedang melakukan perkara luar biasa. Mungkin dalam tidak menunjuk-nunjuk ada satu sisi kejayaan yang akan ditempa. Nilai-nilai moral ini selalu ada dalam apa sahaja kisah tauladan, kisah insipirasi, kisah orang yang berjaya. Lalu kita sebagai orang biasa-biasa ambillah sisi positif untuk diserap masuk dalam pendakian kita.
Salam kasih sayang
Klik di sini http://www.janawangdirumah.com/ jika mahu bekerja di rumah seperti saya. Buat secara sambilan atau sepenuh masa.
1 comment:
yes! perlu konsisten dlm apa jua..
Post a Comment