Saturday, June 11, 2011

Pagi nan indah

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang. Berpagi-pagi menjemur pakaian, bau segar rumput, nyaman udara bersatu dengan pepohon hijau keliling rumah. Sunyi dan damai, ditemani bunyi unggas, cengerik dan kicau burung. Berzikir memuji kebesaran Allah. Sesekali deru kereta melalui jalan raya. Hari ini cuti peristiwa.
Cuti atau tidak saya meneruskan rutin seperti biasa. Pagi seperti ini sangat produktif untuk menulis. Minda dalam keadaan segar, kanak-kanak masih bergelimpangan tidur. Hakim masih di Besut, en.suami tambah satu hari lagi bercuti. Semalam berpagi beli pakaian hari raya. Kenapa terlalu awal ya, tidak awal sebenarnya. Apabila menjelang puasa, tidak perlu lagi kemana-mana, hanya di rumah, boleh beribadah dengan tenang. Tidak buru-buru berebut di jalanan, di pasaraya, di kaunter bayaran.
Sebetulnya bukan agenda beli belah, rancangan awal, mahu ziarah kawan, tetapi batal pula. Jadi sudah ada di bandar terus singgah dan beli pakaian anak-anak. Ibu dan ayah tidak perlu, asalkan anak-anak gembira, kita sudah seronok. Puasa tahun ini insya-allah, sukanya kerana dapat berpuasa bersama orang tua, bersahur bersama dan juga berbuka. Mengemberikan hati orang tua, kita juga rasa tempiasnya. Walau sudah uzur, ia bukan lagi satu masalah, tetapi kembali ceria kerana sentiasa dikeliling oleh cucu-cucu yang tidak pernah duduk diam. Itulah rahmatnya.
Setakat ini, alhamdulillah tiada masalah apa-apa denga mertua. Jika ada yang kurang baik, sudah tentunya ia datang dari saya sendiri. Bukan mertua. Antara 'rezeki' yang saya perolehi ialah mempunyai mertua yang cukup sempurna di mata saya. Setakat ini hubungan alhamdulillah, masih baik. moga ia kekal ke syurga. Satu disiplin yang cukup sukar untuk saya istiqamah, sejak kahwin, jam empat atau lima pagi, ke duanya sudah bangun dengan bugar. Melaksanakan tanggungjawab dan rutin itu telah sekian lama. Sejak saya mula kahwin. Sukar untuk saya teladani, saya sentiasa berjaga-jaga agar tidak terbabas. Mahu ambil aura tersebut, aduhai memang sukar. Namun walaupun mertua umurnya sudah lanjut, namu aktiviti dinihari itulah yang membuatkan dia sihat walaupun mempunyai penyakit kronik. Satu pertiga malam dalah mujarab yang hebat untuk kesihatan. Ini bukan sekadar fakta yang saya dapati daripada buku-buku panduan, tetapi ia adalah contoh di depan mata yang perlu saya ambil, serap dan jadikan ia rutin. Alhamdulillah semoga keduanya, sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah. Semoga diakhirkan nafas mereka dengan husnul khotimah. Itu doa saya, mengharapkan yang terbaik untuk ke dua mertua. Juga arwah dan ayah yang masih lagi bernafas. 
Panjang pula bebelan saya kali ini, mohon mengundur diri dahulu, mahu meneruskan pengembaraan saya. Insya-Allah.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin