Jam sekarang 4.07 petang bersamaan 28 Jun 2011.
Mencabar sungguh hari ini, apabila dapur rosak, jadi saya keluarkan dapur saya, juga tidak boleh, beli dapur baru, juga tidak berjaya. Rupanya wayar yang tersumbat. Nasib baik ada dapur pengganti,sementara malam nanti mencari wayar yang menyambungkan kepala gas ke dapur.
Akhirnya siap masakan saya hari ini, ikan bakar, sayur campur goreng, dan ikan goreng menggunakan dapur arang. Dapur khas untuk membakar ikan atau membakar ikan percik. Apa yang ingin saya sampaikan:
Lakukan apa sahaja atau cari apa sahaja jalan. Sama ada jalan a, b, c, atau z sehinggalah berjaya sampai ke matlamat yang disasarkan. Mungkin jika melalui sungai kita akan menggunakan pendayung, berenang atau bot. Mungkin lambat, atau cepat. Tetapi lambat atau cepat, bagaimana kita mencari strategi agar matlamat kita berjaya digenggam.Laju sungguh masa kan, saya perlu menyiapkan manuskrip di tangan. Sudah ada beberapa buah di tangan editor, mungkin dalam proses penyuntingan dan sebagainya. Saya hanya perlu teruskan tugas saya menulis dan menyiapkan manuskrip.
Saya juga akan menulis dua lagi ebook, masih dalam proses mencari, menyusun bahan dan membuat penyelidikan. Bulan baru maksudnya manuskrip baru. Saya perlu menyiapkan seberapa pantas, pada masa yang sama perlu mengekalkan kualiti. Perlu produktif untuk mencapai sasaran apa yang sudah saya rancang.
Sebelum Hakim, Arif dan Aiman bersekolah. Tahun hadapan Hakim darjah satu, Arif dan Aiman akan ke tadika. Hanya Arissa bersama saya di rumah. Jadinya ketika tiga beradik ini tiada di rumah, perlu menyusun jadual dan menggunakan sebaiknya masa menulis.
Sekarang ini, dari jam 9 pagi hingga 3 petang, memang tiada ruang. Akan ada semula jam 4 petang seperti sekarang. Pagi adalah masa yang paling produktif menyelesaikan sasaran 16 muka surat sehari. Jika satu hari saya dapat menyiapkan 1 bab, maka petangnya dapat dirasakan hari tesebut adalah produktif. Jika, tidak saya perlu konsisten menyelesaikan 1 bab setiap hari dengan cekap. Oleh kerana semalam sudah menghantar satu lagi manuskrip yang disunting semula, jadi hari ini saya cuti. Malam ini bermula lagi kayuhan menyiapkan satu lagi manuskrip.
Salam kasih sayang, jangan lupa dapatkan ebook saya seperti pautan di bawah, saya sudah bekerja dari rumah, kalian bila lagi?
http://www.janawangdirumah.com/
No comments:
Post a Comment