Thursday, June 30, 2011
Terapi buat wanita
Teks: http://www.masayuahmad.com/
Petang Khamis, maksudnya esok di sini sudah Jumaat. Lega sudah apabila melihat raga hijau berwarna hijau sudah kosong. Kain semua sudah siap dicuci. Sebahagian sudah dilipat, hanya tinggal pakaian kanak-kanak riang. Mala mini boleh sambung melipat dan menyudahkannya. Hari Jumaat tidak mahu fikir lagi tentang kain baju yang kotor.
Kadangkala ia meninggalkan ‘satu perasaan pelik’ kepada en.suami, mengapa perlu basuh pakaian setiap hari. Sedangkan pada saya, melihat pakaian kotor sudah berbasuh, berjemur, berlipat dan raga kosong adalah satu terapi. Ia terapi pada wanita.
Sudah tentu bagi wanita bekerja di luar rumah, cuti sabtu dan ahad itulah hari untuk menyudahkan gunung pakaian, atau berbakul-bakul pakaian yang sudah dicuci malam hari bersedia untuk dilipat. Memang menggeliat juga melihat pakaian yang begitu banyak.
Terapi juga bagi saya apabila melihat anak-anak sudah siap mandi berpakaian dan berbau harum.
“Hakim dan siap sabun ibu,” sambil meloncat-loncat keriangan, mandi dengan air batang paip bersumberkan air perigi. Berjujus air mandi jatuh yang melekat pada tubuh.
Ibu tahu itu loya buruk Hakim, lalu saya sekali lagi mengambil sabun dan menyapu ke seluruh badan anak sudah makin membesar. Semakin keras kepak lengan, sudah ada otot-otot yang sudah menimbul. Oh, anak ini sudah semakin membesar. Sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru melahirkan, menyuap, memandikan. Mungkin sikit masa lagi apabila sudah baligh tangan saya tidak lagi akan menyapu badan Hakim dan menemani mandi.
Rahsia air tangan
Barangkali saya akan rindukan saat sebegini. Saat waktu pagi, tengahari dan petang, memujuk dan kadangkala agak keras juga suara supaya cepat mandi.
Cuba kira berapa kali setiap hari kita memandikan anak-anak, terutama anak-anak yang masih bawah umur 7 tahun ke bawah. Jangan berpagi-pagi mengejar ‘punch card’ makanya kita membawa anak ke pusat jagaan atau pengasuh, dengan tidak bermandi. Juga rasa gembira apabila mengambil anak yang sudah mandi dan siap berpakaian malam. Tiga kali sehari pengasuh memandi dan membersihkan anak kecil kita.
Adakah hanya hujung minggu sahaja masa diperuntukkan untuk memandikan anak. Itu pun mungkin berbolak balik dengan suami, siapa yang perlu mandikan anak-anak kerana banyak urusan rumah tangga yang lain perlu diuruskan juga.
Salam kasih sayang
Dapatkan panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/ persediaan awal bekerja di rumah. Saya sudah kalian bila lagi?
Labels:
Motivasi Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
saya pun macam Mas. perlu basuh baju setiap hari. kadang2 bila mode berjimat, menahan juga diri membasuh hanya setiap 2 hari. terapi bagi saya bila semua sudah selesai diangkat, dilipat dan digosok. tapi alahai...tak pernah habis rutin ini.
saya juga senang hati bila anak-anak sudah bersih mandi dan kenyang(disuapkan makan). Alhamdulillah :)
Post a Comment