Wednesday, June 15, 2011

Manfaat SOHO untuk wanita

Teks: Masayu Ahmad

Tiada yang mudah sekirannya kita mahu mencapao satu sisi penting dalam kehidupan. Matlamat untuk memiliki kehidupan yang kita inginkan. Memang ya, ada cabaran sekiranya untuk memilih bekerja di rumah. Itu terpulang kepada bagaimana kita mengolah semula cabaran tersebut sebagai satu peluang yang baik.

Saya alhamdulillah, rasanya cabaran sekarang ialah bekerja dari rumah, pada masa yang sama mempunyai anak kecil berusia 6 tahun, 4 tahun, 3 tahun dan enam bulan. Juga kata putus setakat ini tinggal bersama orang tua.  Lihat perkara ini sebagai positif bukan penghalang untuk kita berusaha.

Memantau anak-anak

Aduh tinggal dengan mertua, mesti susahkan. Itu pandangan seorang teman. Tidak sebenarnya, malah sangat membantu. Ketika saya memecut menjemput Hakim pulang dar tadika, jadi Arissa masih berada di rumah. Ada peneman, tidak perlu saya susah payah mengangkut si kecil turun naik kenderaan. Tambahan pula kalau dalam keadaan tergesa-gesa, juga sekiranya cuaca panas. Sangat tidak sesuai membawa anak kecil bersama.

Anak-anak selamat di rumah

Jika di Kuala Lumpur jika mahu keluar sebentar memang sukar untuk meninggalkan mereka. Walau keluar untuk setengah hari saya perlu mencari altenatif dengan meninggalkan mereka di tempat asuhan atau sebelah rumah. Sudah semestinya perlu bayar. Kini tidak lagi, malah rasa lebih selamat berada di bawah pengawasan atuk dan mok. Mereka boleh melakukan aktiviti dengan selamat belajar, menonton dan bermain. Jadi kalau mahu keluar saya hanya bawa Arissa sahaja. Atau pun Arissa dan Aiman. Hanya kami berempat. Hakim kena pandai pujuk jika mahukan sesuatu, beli sahaja. Arif memang mudah, dia sekarang tidak suka mengikut, mahu berada di rumah sahaja, Bayangkan jika mahu keluar bukan tujuan bersiar, atas urusan penting membawa kanak-kanak ini beramai-ramai.  Pernah juga saya meletakkan mereka di tadika tempat Hakim belajar sehingga jam 3. Nampaknya Aiman kurang serasi dengan keadaan tersebut, dia lebih suka berada di rumah sahaja. Itulah manfaat jika melihat cabaran ini kepada satu peluang yang lebih baik terutama terhadap keselamatan anak-anak. Bukankah anak-anak adalah keutamaan kita?

Lebih disiplin

Saya dapat merasakan saya lebih disiplin dalam menguruskan rumah tangga. Tinggal di sini jika boleh mahu meringankan beban orang tua. Kembali semula dengan niat asal adalah untuk menemani mereka ketika usia emas begini. Boleh melihat sakit pening, meringankan beban orang tua dan juga menemani mereka agar tidak lagi sunyi tinggal berdua. Sudah tentu saya sebagai menantu perlu sedar diri, perlu mendahulukan agar rumah sentiasa berada dalam keadaan sepatutnya.

Lakukan perkar-perkara yang memudahkan mereka. Kudrat mereka bukannya seperti kita lagi. Mertua saya suka memasak, jadi saya akan pastikan keperluan memasaknya sentiasa tip top. Maksudnya periuk belanga siap dicuci, pingga mangkuk ada yang tolong kemaskan. Tugasnya mudah hanya masaka sahaja, kerana itu adalah kesukaan dan aktiviti yang gemar dilakukan. Kita juga tumpang semangkuk, masih dapat menikmati resipi air tangan orang tua. Juga pada masa yang sama dapat mengetahui resipi tradisi. Mertua memasak kadangkala ringkas sahaja, tetapi ia sedap. Ia membezakan kesedapan dan enak tersebut kerana disertakan dengan kekhlasan dan rasa kasih sayang. Jadi walau hanya lauk yang ringkas, ia tetap penambat selera sekeluarga. Bandingkan jika saya berada dalam keadaan tergesa-gesa, punyalah penat mahu memasak, alih-alih kurang sedap. Apa yang saya mahu sampaikan buatlah dengan sempurna, rasa tenang hasilanya memang luar biasa. Jika buat dalam keadaan tergesa-gesa dan jiwa gelisah hasilnya pasti 'kacau'.

Tempat paling sesuai untuk wanita

Ini adalah fitrah, bahawa wanita memang suka bergaya, indah-indah. Wahai teman-teman yang saya sayangi, mari kita sama-sama menutup aurat dengan sempurna. Aduhai memang ramai yang menutup kepala, tetapi bajunya masih ketat. Yang belum menutup, niatkan mahu menutup dengan sempurna. Kita memang tidak ada piliha, ia mesti ditutup. Tambahan pula kita selalu bebas ke sana ke mari diluar sana. Bukan mahram melihat dengan syoknya dengan keindahan kita ada. Jika di rumah seksilah macam mana pun, hanya suami sahaja. Tetapi yang peliknya apabila keluar rumah, kita mula berhias indah. Kita terbalikkan semula, berada di rumah berhias dan berkemas untuk diir sendiir, rasa selesa, rasa yakin. Takutlah akan pandangan Allah, jangan teruja dengan pandangan manusia. Kerana ia sangat dipengaruhi dengan hawa nafsu.

Oh, sudah panjang saya membebel. Mohon saya mengundur diri dahulu ;D Menikmati secawan teh panas penyegar badan sementara hari masih dingin dan bugar awal pagi.

http://www.masayuahmad.com/

2 comments:

Anamarza said...

Betul best duduk dengan orang tua tak kira la mak kita atau mertua kita, rasa secure sikit bla melibatkan anak2

Masayu Ahmad said...

anamarza

itu juga dikira rezeki kan, berbanding dok dengan pengasuh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin