Saturday, February 26, 2011

Cari kelainan untuk segarkan urusan rumah tangga

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google



Setiap hari melakukan hal yang sama, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti tahun. Jadual yang sama pagi mengemas rumah, menjemur pakaian, menyaiapkan sarapan, menyiapkan anak-anak ke sekolah dan juga keperluan suami. Tengahari kembali menguruskan anak-anak yang pulang dari sekolah, sambil pada masa yang sama uruskan kerja-kerja rumah berganti-ganti dengan melayan anak-anak yang kecil. Tiada istilah cuti, bermula awak pagi hingga lewat malam.

Begitu juga bagi wanita yang berkerja, bangun dinihari, menyiapkan anak kecil, bersiap, menghantar ke nurseri, bersiap ala kadar, menempuh jam, bermula 9 hingga lima bekerja untuk majikan. Kemudian memecut semula, jika bekerja di bandar-bandar besar akan berada di dalam kesesakan hampir satu hingga dua jam adalah perkara biasa. Menjemput anak pulang ke rumah. Mula menyinsing lengan, memasak, mengema rumah, mengurus pakaian kotor. Menjelang malam, jika sempat menyemak persekolahan anak-anak. Hingga lewat malam keletihan sudah terasa. Jika ada kerja sampingan seperti bisnes online, atau apa sahaja kerja sambilan akan berjaga hingga lewat malam. Esok rutin akan bermula semula.

Kepenatan datang silih berganti, anda mencari ruang, tenaga, wang, masa yang bernilai untuk dinikmati. Namun ini berlaku pada kebanyakan orang. Masihkah tiada cara untuk keluar dari 'zon keletihan' ini dan bila ia akan berakhir.

Berikut beberapa tip untuk menyonsang arus kesibukan.

1. Jika anda mampu dan ada duit lebih, semua pakaian serah sahaja pada tukang dobi. Serah pada setiap hari Rabu dan ambil pada hari Jumaat. Malam Jumaat selesaikan dan simpan pakaian yang sudah bersih dan susun cantik-cantik. Hari sabtu, sudah tentu hati sudah lapang kerana tidak perlu fikirkan pakaian kotor lagi. Ia nampak biasa, tetapi sebenarnya ia pencuri masa yang banyak. Gantikan masa itu untuk bersama anak-anak atau fokus kepada urusan bisnes yang dijalankan secara sampingan.

2. Setiap kali hujung bulan atau awal bulan, anda akan membayar ke semua bil-bil dan tangan sudah mula gatal untuk membeli belah. Tetapi keadaan tetap hampir sama kerana, kebanyakan pusat beli belah juga penuh dan ramai orang. Untuk mencari hari lapang dan tenang, biasanya membeli belah pada pertengahan bulan. Maksudnya peruntukan untuk itu, hanya pada pertengahan bulan. Jika tidak percaya cuba. Keadaan lapang dan tenang, juga tidak perlu bersesak beratur.

Saya kongsikan dua dahulu, jika kalian ada pandangan, sila nyatakan. Mari kita pecahkan kebiasaan dan menyonsang rutin yang sama. Cari semula ketenangan, masa yang tenang dan ia milik kita, jika kita bijak mengaturnya.

2 comments:

Zaila Mohamad said...

wah tips yang berguna untuk diamalkan ni

Sazrul Hafizie ...The Ghuraba said...

Salamm...info yg menarik.TQ!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin