pic: Google
Hebatnya perut wanita kerana mampu mengisi dengan seorang bayi. Dibawa pula ke sana ke mari selama sembilan bulan. Uniknya payudara wanita kerana mengalirkan susu. Setiap kali bayi menangis, susu sudah mengalir tandanya, itu rezeki buat si kecil.
Bacalah ' subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar' jika suri keletihan apabila selesai atau sedang menyelesaikan urusan rumah tangga. Kerana apa? Kerana itu pesanan Rasulullah apabila Aisyah r.a mengadu kepenatan selepas seharian melakukan kerja rumah.
Ingat yang ini juga sebagai inspirasi.
Apabila semalamam ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Yang ini:
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,AllahJuga yang ini:
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat
untuknya.
Ini juga ;D
Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya
itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai
rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."
No comments:
Post a Comment