Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google
Salam pagi bersiaran di hari Isnin, hari ke dua bekerja. Di sini, Ahad adalah hari pertama bekerja, jadi alhamdulillah perasaan malas-malas sudah dibuang jauh. Juga perjuangan untuk bekerja awal pagi sudah beberapa hari bermula. Jam 3.30 pagi atau 4 pagi Arissa sudah bangun mengejutkan saya. Tak perlu jam dinding atau jam loceng, pesan sahaja pada si kecil.
"Nanti bangun kejutkan ibu, mahu siapkan kerja seberapa banyak yang boleh," si kecil faham dan menjalankan tugas sebagaimana biasa. Saya perlu kuatkan semangat konsisten dan foku siapkan kerja. Itu sahaja permulaan awal bagi yang segar dan bertenaga.
Jika tidak bermula jam 10 pagi kesibukan akan berterusan sehinggalah petang. Apabila petang, badan sudah letih dan otak mula kurang bernas. Hanya boleh menyemak email dan kerja-kerja berkaitan penyuntingan. Saya akan dapat masa yang benar-benar berkualiti.
1. Menyelesaikan selaju mungkin kerja tertangguh
2. Menyelaraskan semula jadual kerja
3. Imbangan semula kerja penulisan, urusan anak-anak, urusan rumah tangga
4. Kekal fokus dalam setiap penggunaan jam
Semoga saya dipermudahkan.
Salam kasih sayang, semoga apa yang dilakukan hari ini adalah bekalan sempurna hari kemudian.
No comments:
Post a Comment