Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Alhamdulillah, jika boleh kalau bangun pagi saya perlu segar bugar. Jika mata mahu kuyu, mahu ambil batang mancis untuk diletakkan pada kelopak mata agar terbuka luas.
Saya acapkali menerima pandangan rakan-rakan yang bekerja di luar rumah dengan ayat begini.
"Seronoknya kerja dari rumah, bolehlah tidur dengan lena. Bila-bila masa pun boleh tidur."
Ok, mari saya kategorikan beberapa jenis tidur. Ini sekadar perkongsian.
Tidur yang nyenyak
Memang ya, jika mahu bangun awal pagi keesokan hari, pilihan saya adalah tidur yang nyenyak malam hari. Perlu tidur awal dan bangun awal. Bukan sahaja untuk memberikan tenaga, malah badan juga rasa sihat.
Tidur yang fleksibel
Memang ya juga, bila-bila masa pun boleh tidur. Apabila badan kepenatan seharian menguruskan kerja rumah, pilihan tidur sebentar untuk memberi rehat. Jika kerja di pejabat sangat sukar bukan. Tetapi tidak boleh gunakan kesempatan ini selalu jika mahu kekal produktif dan meningkatkan prestasi kerja.
Tidur derhaka
Jahat sungguh bunyinya. Ya lah, jika siang malam asyik tidur sahaja bukanlah suatu amalan yang baik. Perlu bekerja dan mempunyai imbangan masa yang baik. Tidur adalah satu bonus kerana boleh tidur bila-bila masa. Tetapi apabila masa tidur lebih banyak daripada masa bekerja, itulah nampaknya derhaka kepada diri sendiri dan masa hadapanlah jawabnya.
Tidur sekadar yang cukup
Tidur yang baik, sebaiknya awal waktu kerana perlu bangun awal pagi sekurang-kurangnya enam jam (saranan untuk kesihatan). Badan memerlukan masa untuk memulihkan semula dan memberi tenaga agar dapat kembali bekerja seperti biasa keesokan hari. Berilah hak kepada badan untuk berehat, tetapi jangan pula rehat yang melampau-lampau sehingga terbabas solat.
Pada siang hari pula mengamalkan tidur sebentar untuk merehatkan badan. Itu tidur yang disarankan Nabi Muhammad s.a.w.
Sila layari;
http://www.naufalsayang.blogspot.com/- Panduan bekerja di rumah
http://masayuahmad.blogspot.com/- Panduan kesihatan & kecantikan
http://www.janawangdirumah.com/
2 comments:
As-salam Mas, tidur derhaka tu selalu terjadi pada saya...huhuhu
alaikumsalam w.b.t syahida
Itulah, saya banyak tidur untuk tahun 2010 (alasan hamil ;P)
untuk 2011 perlu bangkit dan kurangkan tidur ;D
Post a Comment