Thursday, February 10, 2011

Abang Hakim yang semangat

Teks: Masayu Ahmad

Pagi-pagi mengejutkannya ke tadika memang mudah. Walau kadang-kadang ini jawapnya.

" Sekejap bu, lima minit." Sambil menunjukkan angka lima dan sambung tidur semula.

Saya tarik tangan, Hakim akan bingkas bangun.

Tadi, ketika menjemput Hakim pulang sempat bersembang dengan gurunya.

"Suko Hakim hari ni, dah dapat buku 2 (siri bacalah anakku)." Terang cikgu pada saya.

"Mudah ajar Hakim, cepat ingat."

Alhamdulillah, saya sasarkan Hakim membaca laju sebelum Jun, dengan jangkaan dua minggu 1 buku. Jika di rumah saya ajarkan dia buku mudah membaca Ameen. Asasnya dia sudah ada, cuma tiada penekanan.

Sekarang masanya mahu masuk gear. Almaklum ibu sibuk sahaja dengan buku dan manuskrip, dan 2010 yang agak sibuk. Sekarang rasanya masa lebih terbahagi baik untuk anak-anak, termasuk Aiman dan Arif.

Pagi selepas menyusu Arissa, dia akan tidur semula. Aiman akan bangun menyusu, makan dan sambung belajar http://www.starfall.com/. Malam hari Aiman suka baca buku dengan Atuk. Atuk suka melayan Aiman sembang, petang suka main sambu-sambut bola dengan mok (nenek). Aiman memang pencetus suasana dan kesunyian atuk dan mok.

Arif memang suka bangun lewat, biasanya selepas Aiman penat belajar, dia akan tertidur. Bersambung pula dengan Arif. Selepas sarapan kira pagi dan tengahari. Arif pula mengambil tempat Aiman, belajar http://www.starfall.com/. Laman web ini memang sangat membantu ketika saya sibu, dan menjadi anak-anak diam fokus dan bolehlah saya menyelesaikan urusan lain.


Apa pun sangat mudah, kerana ketiga-tiganya suka buku. Jadi tidak ada masalah. Memangdangkan saya sentiasa dengan buku dan di rumah di mana-mana pun buku.

Suka melihat perkembangan Hakim. Tunggulah pesta buku nanti, memamg banyak dalam kepala saya. Naik rabun biji mata lihat buku kanak-kanak.

Setiap dua minggu Arissa, saya dan en.suami ke klinik, sambil itu juga kami akan makan di mana-mana sekitar KB, mula menjelejah sebenarnya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin