Monday, February 28, 2011

corat coret petang hari

Teks: Masayu
Foto: Google
Corat coret petang hari, hari ini menyediakan air bandung ais buat kanak-kanak riang. Semalam satu jug air teh ais. Tahulah kalau kanak-kanak lelaki suka lompat sana sini, lari sana sini, berpeluh satu badan. Mahu atau tidak kena bancuh juga minuman petang buat mereka.

Ok bersambung jadual saya seperti semala, usai Hakim ke sekolah, jam lapan saya akan menjemur pakai, menyusu Arissa dan barulah bersarapan. Menyediakan sarapan kadangkala bergilir dengan mertua.

Jam 9, mandikan Ariisa, sambung menulis, jika Aiman dan Arif sudah bangun bagi mereka bersarapan dahulu. Kemudian baru mandi dan mereka akan melayan pc. Ada dua satu untuk mereka satu untuk saya, saya akan sambung menulis sekitar jam 10,11,12. Pada masa yang sama pada jam 10 kadangkala perlu menyelesaikan barang basah yang dibeli atuk mereka. Pecut menyusu Arissa, kelentang-kelentung di dapur memasak untuk tengahari, suda zohor, solat dahulu. Jam 3 pecut mengambil Hakim, balik sambung sebentar menulis, kemudian menyusu lagi, layan kanak-kanak, petang hari angkat kain. Petang kadangkala saya masak untuk malam, kadang-kadang mertua.

Sekarang 6.18 kejap lagi mandikan Arissa, saya rehat sekejap dan sambung semula selepas solat Isyak. Kadangkal dah lena sambil menyusu.

Kadang-kadang semasa basuh pinggang mangkuk, idea datang bertali arus. Mahu cepat selesaikan, begitu juga ketika melayan anak-anak yang sedang menangis, yang itu mahu ini, yang ini mahu itu. :D. Sedar tak sedar sudah pagi, sudah petang, sudah malam dan sudah pagi semula. Begitulah rutin sibuk, begitu cepat beredar meninggalkan kita. Mulai minggu depan mahu atau tidak, saya istihat jumaa dan sabtu hari untuk saya sahaja. Tidak boleh tidak, jadual kerja memang padat, saya perlu terus meluncur biar saya meninggal waktu, bukan waktu meninggalkan saya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

1 comment:

Syahida said...

Salam Mas, terliur betul tgk gambar2 minuman tu..hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin