Wednesday, February 9, 2011

Berpagi-pagi

Teks: Masayu Ahmad
Pic: google

Masa ada hanya 24 jam, perkara yang perlu selesai melebihi had masa. Ini bukan masalah masa, tetapi 'pengurusan masa'. Jadi saya perlu mengejar melangkaui trek.

Ada anak seorang tidak sama dengan ada anak dua, anak tiga dan anak empat. Masa sudah terbahagi seperti potongan kek.

Jadi sehari-hari rasanya masih tercungap-cungap mengejar masa. Saya masih mendisplinkan diri untuk konsisten menulis jam 4,5 dan 6 pagi. Cabaran ini masih bermula, dan semoga ia berjaya direalisasikan. Selain waktu yang sangat baik untuk menulis dan ia adalah permulaan pagi yang baik untuk mencari keberkatan. Saya masih belum berjaya dan akan terus berusaha ke arah itu.

Apa tidaknya awal pagi hingga menjelang malam hari, walau sudah disusun jadual, perlu ada fleksibel dan saya perlu memecut laju mengejar dan menyiapkan manuskrip.

Salam kasih sayang.

Semoga keberkatan sentiasa menyelimuti kehidupan
http://www.janawangdirumah.com/

Saya sudah bekerja dari rumah. Kalian bila lagi? Dapatkan ebook ini sebagai persediaan awal untuk merancang dan bermula. Akan menyusul kelak ebook dan buku yang berkesinambungan. Dapatkan sekarang. ;D

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin